BuletinMotosikal

MASALAH ENJIN HONDA ADV 150. PEMILIK BUAT PETISYEN TUNTUT HONDA BUAT RECALL

Dilancarkan pada Julai lalu di pasaran Indonesia sebagai debut dunia skuter adventur paling kecil di pasaran, Honda ADV pantas mendapat sambutan memberansangkan dalam segmen yang tidak pernah diterokai ini.

Namun, ADV150 bukanlah sebuah motosikal baharu 100 peratus sebaliknya ia direka menggunakan platform Honda PCX 150. Di Indonesia, PCX dianggap skuter premium di atas Vario dengan spesifikasi lebih baik namun ada satu masalah yang menghantui skuter ini.

Enjinnya dikatakan terlalu kuat bergegar dan gearan itu bukanlah sesuatu yang biasa pada skuter bersaiz ini.

Kritikan dan aduan telah dibuat dan Astra Honda Motor Indonesia memberitahu bahawa masalah gegaran tersebut tidak akan berlaku pada ADV150.

Malah sewaktu pelancarannya juga, jurutera Kazuya Minowa memberitahu bahawa mereka sudah memperbaiki kelemahan pada PCX150.

“Kami sudah menerima keluhan dari pengguna PCX 150, dan kami sudah perbaiki saat membangunkan motor ini (ADV150),” ujar Kazuya Minowa ketika memperkenalkan Honda ADV150 pada 18 Julai 2019.

Bukan itu sahaja, malak penasihat teknikal bahagian servis AHM, Endro Sutarno memberitahu bahawa masalah gegaran pada Honda ADV150 berasal dari banyak faktor.

“Gegaran enjin secara umumnya adalah disebabkan debu dan kotoran, setelah dibersihkan, gejala itu hilang,” jelas Endro Sutarno.

Namun apa yang dirisaukan oleh pemilik ADV di negara jiran itu ternyata berasas kerana kebanyakan masalah gegaran masih berlaku, terutamanya ketika motosikal baru hendak bergerak.

Pemilik ADV150 telah berpakat untuk mendesak Astra Honda Motor untuk memanggil semula (recall) bagi memastikan masalah gegaran tersebut diselesaikan.

Mereka memfailan petisyen dalam talian dan ia boleh dilihat di pautan klik link ini

Ia sebagai langkah awal untuk memberi tekanan kepada syarikat pengeluar motosikal no 1 itu supaya mengambil tanggungjawap terhadap produk mereka.

GALERI

Google ads
Back to top button