Artikel Pilihan

INSURANS BENCANA ALAM – ADAKAH SATU KEPERLUAN?

Penulis amat jarang sekali terlibat dengan musibah bencana alam sewaktu memandu. Kejadian bencana alam ini merujuk kepada kejadian banjir, tanah runtuh, ribut dan juga apa jua musibah yang dirujuk sebagai terma Act of God. Ia merupakan perkara semula jadi yang tidak boleh dikawal oleh manusia sebagai makhluk tuhan.

Sekitar tahun 2017, penulis berpengalaman merasai tempias ribut yang melanda negara jiran dan merebak ke Pulau Langkawi. Hujan lebat dan angin yang bertiup kencang selama 8 jam berturut-turut menyebabkan sistem perparitan tidak dapat menampung jumlah air hujan yang turun menyebabkan banjir kilat berlaku serta merta. Mujurla ketika itu penulis menyewa Toyota Avanza, berani jugak meredah air banjir pada paras betis.

Jadi penulis ada berhubung dengan Kak Zai Insurance berkenaan perlindungan insurans untuk kereta bagi melindungi kereta jika terlibat dengan bencana alam. Ikuti catatan Kak Zai di bawah

================================================================
Baru-baru ni ternampak video viral banjir di Subang Jaya. Tergerak hati untuk semak balik kadar insurans bencana alam yang ditawarkan oleh pihak insurans. Tak sangka rupanya kadar insuran bencana alam sudah rendah sekarang.

Untuk perbandingan saya semak 5 syarikat insurans – Etiqa Takaful, Zurich Takaful, Allianz, Axa Affin dan Am General. Ada juga syarikat insurans yang tawarkan manfaat terhad bencana alam dengan harga yang lebih murah – contohnya manfaat hanya untuk risiko banjir dan taufan.

Secara logik kebanyakan kenderaan di Malaysia lebih terdedah kepada risiko banjir dan taufan. Risiko tanah runtuh dan gempa bumi agak rendah. Risiko gunung berapi memang tiada. Jadi manfaat terhad ni adalah sangat bagus.

Berikut adalah rumusannya:

InsuransManfaatRate %Premium bencana alam setiap RM10K
Etiqa TakafulBencana alam0.50%RM50
Etiqa TakafulBencana alam (manfaat terhad kpd banjir dan taufan)0.27%RM27
Axa AffinBanjir, taufan, gempa bumi0.23%RM23
AllianzBencana alam0.25%RM25
Am GeneralBencana alam0.23%RM23
Zurich TakafulBencana alam0.20%RM20

* Manfaat bencana alam termasuk banjir, taufan, tanah runtuh, gempa bumi dan yang berkaitan.

Sebelum ini (dalam 2-3 tahun lepas) kadar insuran bencana alam adalah sekitar 0.5%. Secara purata sekarang kebanyakan insurans sudah turunkan separuh harga. Sangat berbaloi untuk tambah. Contoh situasi yang anda boleh claim:

1. Kerugian dan kerosakan akibat banjir
2. Pokok tumbang atas kereta akibat taufan
3. Kereta diterbangkan taufan
4. Kenderaan rosak akibat tanah runtuh atau tanah mendap
5. Gempa bumi dan letusan gunung berapi

Artikel ini ditulis oleh rakan penulis iaitu Cik Norzaini Elias. Sekiranya anda memerlukan khidmat nasihat berkenaan pelbagai jenis servis insuran, beliau boleh dihubungi melalui Facebook di SINI atau melalui laman facebook page di SINI bagi khidmat nasihat.



Google ads
Back to top button