Artikel Pilihan

ANDA SUKAKAN KERETA DENGAN EKZOS BISING? ANDA MUNGKIN SEORANG SADIS ATAU PSIKO

Ketiadaan bunyi enjin dan ekzos sebenar merupakan satu faktor kenapa ramai tidak berminat dengan EV tak kiralah berapa laju ia memecut dan berapa pantas ia mampu dicas semula. Pernahkah anda terfikir kenapa ramai antara kita yang suka dengan bunyi ekzos yang bising (sampai sanggup berhabis duit) tapi ada juga yang tak suka?

Satu kajian telah dilakukan dan hasilnya didapati mereka yang sukakan bunyi ekzos bising kemungkinan mereka adalah seorang sadis ataupun psiko. Alamak…alamak…alamaaaak.

Kajian tersebut telah dijalankan oleh Julie Aitken Schermer, seorang professor psikologi  di Western University di London, Ontario. Beliau mendapat ilham untuk melakukan kajian sewaktu membawa anjing beliau berjalan-jalan di sekitar kampus.

Menurut Julie, setiap hari beliau merasa terkejut setiap kali terserempak dengan kereta, pikap dan motosikal yang menggunakan ekzos bising. Anjing peliharaan beliau juga terkejut begitu juga dengan haiwan lain seperti burung dan tupai. Fuh dahsyat.

Terlintas di fikiran beliau yang bijaksana, siapa yang sukakan bunyi bising ekzos ini jadi beliau segera melakukan kajian menyeluruh dan hasilnya negatif.

Beliau kemudian membuat tinjauan 529 pelajar ijazah pertama lelaki dan wanita. Antara soalannya ialah jika mereka berminat untuk mengubah suai kenderaan dimiliki dan menjadikkan lebih bising.

Beliau turut menjalankan kajian Short Dark Tetrad (SD4) kepada setiap individu terlibat untuk mengesan empat sifat personaliti gelap seperti: Narsisistik (merasakan diri sangat penting dan sempurna), sadistik (ganas), psikopatik (penyakit jiwa) dan machiavellisme (matlamat menghalalkan cara). Adeh bahaya ni.

Julie menjangka untuk menemui kaitan antara narsisisme dan minat kepada kereta dengan ekzos bising. Ye lah, sudah tentu mereka yang menggunakan ekzos bising mahu menarik perhatian ramai. Tapi beliau juga menemui kaitan antara ekzos bising dengan sadism dan psikopat!

Ia bukan sesuatu yang pelik pun kerana sebagai seorang psikopat sudah tentu mereka suka melihat seseorang individu lain terkejut ataupun terkamjat akibat perbuatan mereka. Perasaan orang lain bukannya sesuai yang penting untuk mereka.

Tapi jangan percaya seratus peratus dahulu. Kajian ini buat masa sekarang hanya dilakukan terhadap pelajar-pelajar jurusan perniagaan di universiti yang sama dan ia juga tidak menyebut tentang reaksi subjek kajian terhadap bunyi bising ekzos motosikal.

Korang macam-mana? Rasa-rasa setuju tak dengan hasil kajian ni?

Google ads
Back to top button