Buletin

SUBSIDI DIESEL TAMAT MULAI TENGAH MALAM INI. HARGA DIAPUNG IKUT PASARAN, RM3.35/LITER

Harga disel di stesen minyak di Semenanjung Malaysia tidak lagi disubsidi bermula jam 12 tengah malam nanti (Isnin, 10 Jun). Langkah ini  bagaimanapun tidak melibatkan Sabah dan Sarawak.

Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan berkata, harga diesel akan diapungkan dan mengikut harga pasaran yang pada masa ini RM3.35 seliter.

Pada masa sekarang, diesel dijual pada harga RM2.15 seliter, kurang RM1.20 daripada harga pasaran.

Harga diesel akan dikemas kini mengikut minggu, sama seperti petrol RON97.

Perkembangan ini nyata selaras dengan langkah kerajaan untuk melaksanakan subsidi bersasar bagi diesel, di mana pengguna yang layak akan menerima bantuan tunai RM200 sebulan. Bantuan pertama bakal diagihkan bermula esok kepada kira-kira 30,000 pengguna.

Amir berkata, permohonan untuk mendapatkan subsidi bersasar itu terus dibuka. Beliau juga menyeru sesiapa yang layak namun belum mendaftar dengan program Budi Madani untuk berbuat demikian. – Malaysiakini

Google ads
Back to top button