
ISUZU D-MAX KEMBALI BERGASAK DI BORNEO SAFARI KE-33
Barisan jentera lasak Isuzu D-Max sekali lagi bersiap siaga untuk beraksi dalam ekspedisi lasak Borneo Safari edisi ke-33, meneruskan tradisi sebagai Penaja Mutiara buat tahun ke-19 berturut-turut.
Sebanyak lima unit Isuzu D-Max X-Terrain dan dua D-Max Single Cab telah dipilih sebagai kenderaan rasmi media bagi edisi tahun ini, lengkap dengan pelekat grafik khas yang menampilkan motif kuda – simbol kekuatan, kemajuan dan semangat pantas yang sinonim dengan semangat D-Max sendiri.
Konvoi yang mengagumkan ini dijangka mencuri perhatian apabila dilepaskan dari Jalan Gaya, Kota Kinabalu, pada pagi Ahad.
Menurutnya, laluan tahun ini menjanjikan cabaran ekstrem di kawasan pedalaman antara Telupid dan Nabawan, dengan halangan semula jadi yang menguji ketahanan jentera serta kemahiran pemandu.

Selain aksi off-road yang mendebarkan, peserta turut menyertai aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Kampung Keramuak, di mana mereka akan menyerahkan sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada penduduk serta cenderamata kepada kanak-kanak tempatan.
Ekspedisi selama lapan hari ini bakal menjadi bukti ketahanan dan keupayaan D-Max menakluk laluan mencabar sambil mengekalkan reputasinya sebagai trak pikap serba boleh.
Bagi peminat tegar dunia off-road, perjalanan epik ini boleh diikuti menerusi platform media sosial rasmi Isuzu D-Max Malaysia, yang akan menyiarkan detik-detik menarik sepanjang pengembaraan Borneo Safari 2025.

