
HARGA ISTIMEWA BAGI VOGE FR150 DIUMUMKAN – KINI RM8,188
MForce Bike Holdings selaku pengedar rasmi jenama motosikal VOGE di Malaysia mengumumkan rebat sebanyak RM700 bagi model popular, VOGE FR150.
Pengumuman tersebut menyaksikan kini FR150 boleh dimiliki dengan harga jualan hanya RM8,188 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).
Atas kertas, Voge FR150 dipacu enjin satu silinder 149.6cc DOHC dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 15.4hp dan 13.5Nm. Kami dimaklumkan enjin tersebut dibina menyerupai enjin Honda RS namun telah ditambah baik agar masalah melibatkan ‘balancer’ tidak berlaku.

FR150 ini juga dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan namun dipertingkat dengan sistem klac slipper.
Antara ciri lain ditawarkan termasuk:
- panel meter digital
- lampu LED dengan DRL (daytime running light)
- smartkey (keyless)
- port USB
- fork teleskopik dengan jarak pergerakan 83mm
- berat 123kg
- tangki bahan api 5.8L

Lebih mencuri tumpuan, FR150 merupakan satu-satunya motosikal kapcai segmen 150cc yang dilengkapi dengan sistem ABS dwi-saluran.







