Artikel Pilihan

CASTROL TOM’S SUPRA – PEMBUNUH GODZILLA YANG KURANG DIKENALI RAMAI

Kalau sebut nama Godzilla rasanya kanak-kanak pun akan kenal dengan watak raksasa yang ganas tapi baik dari Jepun. Bagi kaki kereta pula sudah tentu ianya Nissan Skyline GT-R R32 dan R33. Ia diberi nama jolokan Godzilla ataupun gergasi dalam bahasa Jepun kerana kemampuannya mengalahkan kereta-kereta yang lebih berkuasa dalam perlumbaan.

Sayangnya pada era 90 an, internet belum begitu maju dan tiada liputan secara langsung di kaca-kaca televisyen seluruh dunia kecuali di Jepun. Ramai generasi sekarang tidak tahun yang terdapat persaingan di antara gergasi pengeluar automotif dalam perlumbaan seperti JGTC.

Hasilnya ramai yang menyangka Godzilla ialah raksasa yang tidak terkalah sehingga sekarang. Sebenarnya ia telah pun dikalahkan oleh “Pembunuh Godzilla” yang juga berasal dari negara matahari terbit.

Kereta apa tu bang? Honda Civic Type R ke? Cehh lemah la kau generasi TikTok. Kalau korang buat carian dalam internet, nama pembunuh Godzilla adalah merujuk kepada Toyota Supra MK4 yang dikenali dengan nama Castrol Tom’s Supra. Ya akhirnya penguasaan Godzilla yang tak terkalah dalam saingan JGTC berjaya disekat oleh Toyota Supra.

Menariknya Toyota Supra milik pasukan Tom’s ini tidak menggunakan enjin 2JZ 6-selinder yang popular tu. Sebaliknya ia menggunakan enjin 2.0 liter 4-selinder 3S-GTE turbo yang digunakan oleh jentera rali Toyota. Ia jauh berbeza dari enjin 2JZ yang digunakan oleh Supra standard dan tentu sekali berbeza dari enjin GT-R.

Ia juga menjadikan Supra pasukan Tom’s ini lebih ringan. Beratnya yang hanya sekitar 1,150 kilogram memang merupakan satu kelebihan besar berbanding Nissan GT-R yang jauh lebih berat.

Nak tahu lebih lanjut sila tonton video di bawah. Kami dah ulang banyak kali dan memang best la ditonton sambil makan biskut marie cicah air sirap.

Google ads
Back to top button