Artikel Pilihan

JAMBATAN BULUH DI KEMBOJA INI DIBINA SETIAP TAHUN

Terdapat sebuah jambatan yang dibina di Kemboja bagi merentasi Sungai Mekong bagi menghbungkan Pulau Koh Pen yang terletak di tengah-tengah sungau dengan tebing sungai iaitu Kampong Cham. Apa yang menarik ialah jambatan ini sebenarnya dibina dengan menggunakan buluh sepenuhnya.

Tapi jambatan ini dibina hanya pada musim kemarau dimana kedalaman Sungai Mekong tdak membenarkan feri untuk beroperasi dengan selamat dan menjadi terlalu cetek. Jadi apabila tiba musim hujan jambatan ini akan dirombak dan dibuka semula

Ini kerana apabila tiba musim hujan, arus sungai mekong menjadi terlalu kuat dan jambatan buluh ini boleh hanyut. Jadi lebih baik buluh ini disimpan atau digunakan untuk kegunaan industri pembinaan. Ketika ini sungai menjadi dalam dan feri boleh beroperasi semula seperti biasa.

Apabila musim hujan telah berlalu, kedalaman sungai menurun dan arus menjadi perlahan jambatan buluh ini akan dibina semula. Tiang-tiang buluh akan ditanam ke dalam dasar sungai dengan lebih banyak pancang buluh akan ditanam pada sudut yang strategik sebagai pendakap atau penyokong tiang utama.

Jambatan ini cukup kukuh dan lebar bagi membolehkannya menyokong berat sebuah kenderaan ringan disebabkan buluh boleh melentur dan bukannya patah apabila dikenakan beban yang berat. Jadi jambatan ini akan meregang dan melentur apabila dilalui menjadikan penggunanya seolah-olah melalui jalan yang berombak diikuti dengan bunyi berdecit apabila buluh bergesel antara satu sama lain.

Jadi jika sebuah motosikal dipandu laju atas jambatan ini, ia akan menyebabkan keseluruhan jambatan buluh sepanjang 800 meter ini beralun menimbulkan perasaan cemas pada pengguna yang lain. Tapi ia tetap mampu menghalang beribu-ribu pelancong yang datang untuk mencuba merentasi jambatan ini.

Penduduk tempatan dikenakan cas sebanyak 2.5 sen setiap kali menggunakan jambatan ini, manakala pelancong luar akan dikenakan cas sebanyak 1 USD bagi membolehkan operator jambatan ini meraih kutipan sehingga 500 USD sehari.

Duit ini akan digunakan untuk membina jambatan baru pada tahun depan yang menelan belanja sehingga 50,000 USD. Jambatan ini telah dibina berpuluh kali dalam masa puluhan tahun dan sebuah jambatan konkrit yang baru berada 2 kilometer dari jambatan ini telah dibina untuk kegunaan penduduk kampung secara percuma oleh kerajaan

Google ads
Back to top button