Buletin

JEEP CHEROKEE 2026 – SANG LAGENDA KEMBALI LAGI DENGAN TRENKUASA HIBRID

Plat nama Jeep Cherokee ini sememangnya tidak perlu lagi diperkenalkan lagi. Adalah disyaki bahawa Jeep Cherokee ini sememangnya dikenali satu dunia, apatah lagi generasi pertama model ini telah pun berada dalam pasaran bermula tahun 1974 lagi. Malah ditempat kita, Jeep Cherokee generasi kedua juga boleh tahan popular juga suatu ketika dahulu.

Setelah generasi kelima berada dalam pasaran semenjak dari tahun 2014, sudah sampai ketikanya generasi terbaharu Jeep Cherokee ini diperkenalkan. Dan Jeep Cherokee 2026 serba baharu ini kembali dengan gabungan sempurna reka bentuk ikonik, keupayaan dan kecekapan untuk memberikan pelanggan SUV bersaiz sederhana yang hanya boleh dinikmati bersama jenama Jeep ini.

Rekaan ini mengambil inspirasi rekaan daripada 50 tahun yang lalu tetapi tampil dengan rekaan yang moden dan berani. Generasi keenam ini tampil lebih panjang, lebih lebar dan lebih tinggi berbanding model generasi kelima dengan rekaan tepi yang lebih tajam sama seperti rekaan silam yang cukup digemari.

Lampu LED utama yang berkotak dan bersudut aksen lampu DRL memberikan rekaan gaya U serta rekaan utama gril yang cukup sinonim dengan Jeep. Bahagian bampar tampil sedikit rugged bagi memberikan isyarat bahawa SUV ini tidaklah segan untuk dibawa masuk ke hutan belantara.

Bahagian dalam kabin, pereka jenama Jeep berusaha untuk menggabungkan empat motif utama, aktif, bermain, praktikal dan progresif. Dengan ruangan kokpit yang lebih besar dan lebih banyak ruang penyimpanan dalaman berbanding Cherokee sebelumnya, Cherokee 2026 juga menggabungkan pilihan bahan yang lebih tinggi untuk segmennya. Ini termasuk corak perforasi yang unik untuk trim Cherokee Overland. Kelestarian alam tetap menjadi matlamat bagi pereka Jeep juga, termasuklah penggunaan bahan bukan kulit, bahan kitar semula untuk karpet lantai dan banyak lagi.

Barisan tempat duduk kedua boleh dilipat rata untuk membolehkan pemiliknya membawa lebihan muatan ketika pergi mengembara ke dalam hutan. Dengan mempunyai sistem pacuan empat roda, pastinya mengembara ke dalam hutan lebih mudah. Malah keupayaan menunda treler juga berupaya sehingga berat 3,500 paun (1,587 kg).

Trenkuasanya menggunakan enjin baharu hibrid 1.6 turbo yang mana enjin pembakaran dalaman ini digandingkan dua motor elektrik dan bateri penggerak memberikan output maksimum sehingga 210 HP dan 319 Nm.

Model yang akan dipasang di Toluca Assembly Plant milik Stellantis ini dijangka dijual pada harga $45,995 (RM194,328) untuk varian tertinggi.

BACA : TIGA MODEL KONSEP JEEP YANG LASAK DIPAPARKAN. SESUAI UNTUK BAWA MASUK KE DALAM HUTAN DENGAN PELBAGAI FUNGSI

BACA : KELAHIRAN SEMULA JEEP WAGONEER

Google ads

B K

Back to top button