Buletin

TIGA MODEL KONSEP JEEP YANG LASAK DIPAPARKAN. SESUAI UNTUK BAWA MASUK KE DALAM HUTAN DENGAN PELBAGAI FUNGSI

Pengeluar kenderaan yang terkenal dengan penghasilan model lasak SUV berasal dari Amerika Syarikat, Jeep telah menghasilkan tiga buah model konsep lasak dan rugged yang dihasilkan daripada beberapa buah model sedia ada.

Jeep Convoy Concept

Penghasilan Jeep Convoy Concept yang kelihatan cukup rugged ini dihasilan sebagai memberikan penghormatan terhadap salasilah keturunannya yang asal terdiri daripada model untuk kegunaan tentera, Gladiator SJ yang telah dihasilkan pada tahun 1962. Malah rekaaan yang serupa juga telah digunakan untuk dijual kepada masyarakat awam.

Model Jeep Convoy Concept ini sebetulnya dihasilkan berdasarkan model Jeep Gladiotor Mojave yang pastinya turut dikaitkan dengan sejarah model Gladiator SJ sendiri. Bahagian luar model ini dilayangkan dengan warna matte Ghost Ops serta mempunyai gabungan kanvas berwarna Coklat di bahagian pintu dan juga penutup bumbung.

Dengan mempunya kelegaan bumi yang cukup tinggi, serta penggunaan rim bersaiz 17 yang dibalut dengan tayar tebal BFG Krawler 40 inci, sekali gus membolehkan ianya menempuhi sebarang permukaan ekstrem tanpa masalah.

Jeep Bug Out 4xe Concept

Penghasilan model konsep ini ditujukan khas buat para penggemar pengembara dari satu tempat ke satu tempat terpencil dan mencabar dengan model kenderaan yang jauh lebih ringan bagi membolehkan ianya membawa lebih beban muatan yang lebih berat.

Jeep Bug Out 4xe Concept ini dihasilkan berdasarkan model Jeep Wrangler 4xe Rubicon. Para pereka Jeep telah membuang perkara – perkara yang tidak penting bagi membolehkan model konsep ini mencapai berat minima yang diperlukan sahaja bagi membolehkan mengembara ke mana sahaja

Bahagian luaran telah menerima skema warna matte silver PEA51 serta aksen kuning untuk sedikit kontra. Bahagian bumbung telah dibina semula secara kustom dan dinaikkan sehingga empat inci untuk membolehkan lebih ruangan di bahagian belakang.

Berbanding badan asal, ianya telah dipanjang sehingga 12 inci dengan bahagian belakang menampilkan rekaan ala model Jeep Gladiator yang pastinya lebih tinggi dengan penggunaan tayar bersaiz 37 inci bersama rim 18 inci.

Jeep J6 Honcho Concept

Rekaan model konsep ini barangkali yang paling minimalis. Persis rekaan Jeep Honcho di era 70an. Model ini dihasilkan berdasarkan model Rubicon empat pintu tetapi telah diubah untuk menjadi seperti sebuah model trak pikap dua pintu untuk memanfaatkan ruangan kargo di belakang yang lebih besar dan luas.

Dengan menggunakan warna putih serta kemasan berwarna biru sebagai kontra menjadikan ianya sebuah model yang kelihatan tidak terlalu serabut tetapi masih lagi gagah perkasa dengan tayar berlumpur daripada BFGoodrich KM3 bersaiz 37 inci yang dipasang pada rim bersaiz 17 inci.

Mempunyai winch di bahagian serta lampu sorot di bahagian bumbung membolehkan model rugged dan lasak ini menempuh kawan hutan tanpa masalah serta tayar simpanan yang disimpan di bahagian belakang ruang kargo.

BACA : JEEP ISTIMEWA INI BOLEH DIPANDU BAWAH PERMUKAAN AIR – BOLEH PERGI BANDUNG NI KOT?

BACA : JEEP TUTUP SATU-SATUNYA KILANG DI CHINA KERANA CAMPUR TANGAN KERAJAAN

Google ads

B K

Back to top button