Buletin

JEEP SAMAN MAHINDRA KERANA TIRU REKABENTUK WRANGLER

Mahindra, syarikat automotif multinasional dari India telah menerima writ saman daripada Kumpulan FCA, pemilik jenama JEEP di Amerika Syarikat.

FCA mendakwa Mahindra telah meniru rekabentuk Jeep Wrangler menerusi model Roxor, sebuah jip kecil untuk kegunaan ladang  ia tidak boleh didaftarkan atas jalan.

BACA: LAMBO URUS TIRUAN DARI CHINA

Dalam kempen model Roxor, Mahindra mendakwa model tersebut diinspirasikan oleh “kenderaan tentera ikonik yang menakluk dunia” tanpa merujuk kepada model Willy Jeep.

FCA telah mengadu kepada Perbadanan Perdagangan Antarabangsa Amerika bahawa Roxor telah meniru rupa sebuah Jeep Wrangler.

Ramai pihak berpendapat, FCA tidak akan menang kali ini kerana Mahindra sendiri pernah ada hak terhadap Jeep pada tahun 1950-an. Lagipun, ini adalah kenderaan luar jalanraya yang hanya boleh memecut 72km/j sahaja.

Dan, ia tidak dijual di Amerika pun.

GALERI

Google ads
Back to top button