
CUBAAN CURI KERETA GAGAL TAPI PENCURI DAKWA JADI MANGSA PUKUL – DUNIA MAKIN PELIK
Kisah-kisah jenayah saban hari makin meningkat dan ada antaranya yang pelik-pelik. Di Winnipeg, Kanada contohnya, seorang pencuri dengan 17 sabitan menyaman pekerja dan pemilik Dino’s Grocery Mart kerana memukul beliau sewaktu cuba mencuri kereta di kawasan pakir pasaraya berkenaan. Kesian kan?

Insiden berlaku pada 26 Februari tahun lepas sewaktu Michael Prince (si penyangak) dilaporkan memasuki pasaraya berkenaan dan mencuri sehelai jaket dengan dompet dan kunci kereta. Menurut polis, Prince pulang ke rumah dan kembali selepas 30 minit untuk mencuri kereta berkenaan.
Sewaktu cuba menghidupkan kereta yang ingin dicuri, sistem penggera berbunyi dan Prince mendakwa lapan atau sembilan orang pekerja Dino’s Grocery Mart datang dan memukul serta menumbuk beliau berkali-kali. Seorang pekerja dikatakan mengetuk kepala Prince dengan tukul beberapa kali. Keras betul kepala Prince ni.
Menurut saman yang difailkan oleh Prince “beliau kini menderita ketakutan, keresahan, tekanan perasaan dan sering merasa rendah diri akibat perbuatan semua defendan”. Saman tersebut ditujukan kepada penyelia/pemilik pasaraya, Rajan Varma dan 8 orang lagi yang tidak dikenal pasti.

Prince mendakwa kini beliau mempunyai gangguan penglihatan dan pendengaran, susah tidur, serangan panic, migraine dan kerosakan saraf akibat serangan tersebut. Beliau memfailkan saman atas hilang upaya kekal untuk menyara hidup dan menikmati keseronokan hidup. Hahaha, lawak juga mamat ni.
Untuk rekod, Prince mempunyai sejarah kecurian yang panjang. Beliau pernah mencuri rokok elektronik bernilai USD800 dan dua televisyen bersaiz besar dari sebuah store. Beliau juga didakwa mengetuai sindiket pencuri dan telah mencuri barangan bernilai lebih USD1 juta dalam masa 9 tahun.
Ceh, patut la sampai kena ketuk kepala dengan tukul. Ingatkan lepas kena ketuk jadi baik tapi nampaknya tak insaf langsung.






