Buletin

INDEKS KEPUASAN PELANGGAN DI SHOWROOM. AUDI PERTAMA, PORSCHE NO 33!

Pengalaman membeli kereta adalah penting bagi semua orang. Ia memberi impresi awal bagaimana layanan yang diberikan oleh pengeluar akan menentukan kesan terhadap pengguna. 

Ye lah. kau beli kereta bukannya tiap-tiap bulan. Jadi kakitangan setiap pusat jualan atau showroom biasanya telah dilatih untuk memberi layanan unik pada pelanggan-pelanggan mereka.

Bagi tahun ke-12 berturut-turut, sebuah syarikat yang dipanggil Pied Piper PSI di Amerika Syarikat telah menjalankan Kajian Asas Perindustrian “In-Person.” dalam Industri Auto Amerika Syarikat 

Kajian ini bertujuan untuk menunjukkan bagaimana peniaga melayan pelanggan mereka. Ia melibatkan banyak aspek dari keramahan, sehingga ke respon informasi yang menarik. Setiap tahun, badan bebas ini akan mengkelaskan jenama-jenama pengeluar mengikut indeks yang diambil dari responden mereka.

Pier Pied PSI menghantar “pembeli kereta misteri” tanpa nama untuk melawat 3,466 pusat jualan di seluruh negara dan menyaring setiap daripada mereka pada pelbagai jenama kereta.

Tahun 2018, Audi berjaya menduduki tempat pertama. Jurujual Audi dilatih untuk bertanya kepada pelanggan tentang bagaimana kenderaan mereka akan digunakan, memberikan demonstrasi yang baik untuk membandingkan kereta dengan pesaig mereka, dan meminta soalan susulan untuk menentukan keperluan pelanggan dan menjelaskan mengapa pengedar khusus mereka layak untuk menjalankan perniagaan mereka.

BACA: JD POWER. TOYOTA DAHULUI MITSU DAN MAZDA

Audi diikuti oleh Lexus, Toyota, Mercedes-Benz, Infiniti, Ram, Buick, Jaguar, Land Rover, Nissan, Acura, BMW, Cadillac, Kia, Lincoln, Mini, Chevrolet, GMC, dan Hyundai.

Lebih mengejutkan, Tesla menduduki tempat terakhir dan ini adalah tahun kedua berturut-turut Tesla terperosok di tangga terakhir. Tesla mempunyai bilik pameran yang bertujuan untuk memamerkan produk tanpa berusaha keras untuk menjualnya. Mereka mahu pelanggan “belajar” sendiri menerusi teknik mereka tanpa menggunakan jurujual. 

Sesetengah pembeli mungkin menyukai pendekatan jualan santai Tesla, tetapi jelas tidak membantu syarikat menjaringkan indeks dalam kaji selidik seperti ini.

Selain itu, jenama Porsche pula di tangga ke tiga terakhir. Jenama mewah pada kedudukan ini adalah sesuatu yang memalukan apa lagi ketika Lexus dan Toyota masing-masing berada di tangga kedua dan ketiga. 

Nah. lihat senarai penuh di bawah;

 

Google ads
Back to top button