Artikel Pilihan

JUAL KERETA DENGAN MYTUKAR. MUDAH, CEPAT DAN HARGA TINGGI

Minggu lepas sebelum arahan PKP bermula, penulis berjaya menjual sebuah kereta milik penulis dalam masa yang amat singkat, dengan bantuan myTukar. Ok, untuk pembaca yang baru mendengar berkenaan myTukar ini, ia adalah satu platform untuk memudahkan pemilik kenderaan menjual kereta mereka dengan cepat pada harga yang berpatutan

Jadi, penulis telah menyemak harga kereta milik penulis di laman sesawang Mudah terlebih dahulu bagi mendapat anggaran harga pasaran kereta milik penulis. Setelah mendapat anggaran harga, penulis pergi ke sebuah syarikat menjual kereta terpakai yang berdekatan dengan penulis bagi mencuba nasib. Namun harga yang ditawarkan murah sedikit berbanding dengan harga yang diinginkan oleh penulis.

Ini langkah mudah yang penulis buat bagi menjual kereta dengan harga tinggi:

1. Masuk ke laman sesawang myTukar untuk menempah masa pemeriksaan kereta di kawasan berdekatan dengan rumah anda. Sebaik sahaja tempahan diterima, pasukan myTukar akan menghantar email pengesahan

2. Sewaktu datang untuk pemeriksaan kereta, pastikan anda membawa kereta yang hendak dijual, kunci termasuk kunci pendua, AP, borang K1 & JK69 bagi kenderaan recond. Pemeriksaan akan mengambil masa sekitar 30-40 minit untuk siap.

3. Setelah siap, eksekutif myTukar akan bertanyakan kepada anda berapa harga yang anda mahukan untuk memulakan proses lelongan. Kereta yang melepasi pemeriksaan akan disenaraikan di laman myTukar untuk dibida oleh pembeli yang berminat pada harga yang dimahukan oleh anda dalam tempoh 24 jam.

4. Anda boleh menyaksikan sendiri kenderaan anda dibida secara live melalui pautan email yang diberikan. Proses pembidaan akan berjalan selama 1 jam 45 minit untuk sesi pertama. Sekiranya kereta anda tiada pembida buat kali pertama, jangan risau kerana ia akan dibida pada sesi seterusnya.

5. Jika kereta anda berjaya dibida, anda akan mendapat satu email tambahan dari myTukar bagi meminta persetujuan anda. Jika anda bersetuju dengan harga yang ditawarkan, anda perlu klik butang Accept bagi menerima tawaran harga.

6. myTukar mengenakan bayaran RM500 bagi proses bidaan, tapi jika anda boleh menghantar kereta anda ke cawangan myTukar dalam tempoh 3 hari selepas penerimaan harga, proses ini akan dikenakan caj sebanyak RM 250 sahaja.

7. Apabila anda menghantar kereta ke cawangan myTukar untuk serahan, terdapat satu borang iaitu Bills of Sales yang perlu ditandatangan oleh pemilik kereta serta proses cop jari untuk pindah milik sementara. Ketika ini anda perlu mendapatkan penyata Full Settlement dari bank pinjaman untuk diserahkan pada myTukar

8. Bayaran penuh akan dihantar ke akaun pemilik dalam tempoh 24jam dan anda perlu membuat bayaran penuh ke bank pinjaman. Baki duit kalau ada, adalah menjadi milik anda.

9. Satu salinan Tukar Milik Sementara akan dihantar pada anda untuk disimpan. Jika anda masih ada perlindungan takaful, anda boleh surrender polisi takaful anda pada syarikat takaful. Dalam proses ini penulis berjaya mendapat mendapat bayaran balik sebanyak RM 374.

Google ads
Back to top button