Buletin

VOLKSWAGEN ‘MATIKAN’ GOLF DI PASARAN AS SELEPAS 40 TAHUN

Volkswagen secara rasmi menghentikan produksi model Golf di pasaran Amerika Syarikat (AS) selepas 40 tahun dan jualan mencecah 2.5 juta unit.

Bagaimanapun, model Golf GTI dan Golf R akan diteruskan penjualan sehingga hujung bulan Januari.

Ia bermakna model 2021 merupakan peluang terakhir pelanggan di negara terbabit untuk mendapatkan Golf standard.

Jenama Golf mula memasuki pasaran AS pada tahun 1974 dengan menggunakan nama sebagai Rabbit sebelum bertukar nama pada generasi kedua.

Pada tahun 2006 hingga 2009, nama Rabbit mula kembali pada model generasi kelima sebelum bertukar semula kepada Golf melalui model tahun 2010.

“Lebih empat dekad, Golf telah memberikan nilai terbaik kepada para pemandu di AS.

“Ini menunjukkan apa yang terbaik dilakukan oleh Volkswagen menggabungkan ciri-ciri pemanduan dinamik serta kemasan berkualiti dengan kualiti tidak dapat ditandingi.

“Walaupun Golf generasi ketujuh akan menjadi yang terakhir dijual di negara ini tetapi GTI dan Golf R akan meneruskan legasinya ke hadapan,” kata Timbalan Presiden Kanan Volkswagen AS, Hein Schafer. – agensi

Google ads
Back to top button