
SIAPA HASILKAN TEKNOLOGI KAWAL KARBON TERBAIK. RM400 JUTA MENANTI ANDA- BOS TESLA
Bos Tesla Inc, Elon Musk pada Khamis menawarkan hadiah bernilai AS$100 juta (RM400 juta) bagi sesiapa yang membangunkan teknologi terbaik untuk memerangkap pengeluaran karbon dioksida.
Ia diumumkan menerusi akaun Twitternya dan perincian mengenai perkara tersebut akan dimaklumkan pada minggu hadapan.
Dalam ciapan tersebut dia berkata “Saya akan mendermakan AS$100 juta (RM400 juta) kepada teknologi terbaik dalam memerangkap karbon. Perinciannya minggu depan,”
Selain Tesla, Musk mengetuai syarikat roket SpaceX dan Neuralink, yang membangunkan antaramuka jentera otak jalur lebar ultra tinggi untuk menghubungkan manusia dengan komputer.
Baru-baru ini, Musk menjadi manusia paling kaya di dunia dengan mengatasi bos Amazon, Jeff Bezos dengan memiliki kekayaan berjumlah kira-kira AS$185 bilion (RM747.9 bilion).
Bagaimanapun, para pegawai Tesla belum memberi maklum balas lanjut tentang pemberitahuan itu. – agensi
- BACA: BOS TESLA TERKAYA DI DUNIA. NILAI KEKAYAAN HAMPIR RM750 BILION!!!
- BACA: HARGA SAHAM TESLA NAIK, MUSK LAYAK TERIMA HABUAN RM2.98 BILION!
- BACA: PASANGAN BAYAR USD100 UNTUK LOTUS ESPRIT JAMES BOND SEBELUM DIJUAL KEPADA ELON MUSK DENGAN HARGA USD997,000
- BACA: ELON MUSK PERNAH OFFER APPLE UNTUK BELI TESLA. TAPI TIM COOK TAK LAYAN. SEKARANG MUNGKIN MENYESAL