Buletin

JUALAN MEROSOT. PENGEDAR KENDERAAN SANGGUP JUAL KERETA TERPAKAI DENGAN PERBATUAN LEBIH 300K KM

Kekurangan bekalan alat ganti dan kenderaan-kenderaan baharu menjadi masalah besar kepada pengeluar serta para pengedar.

Bahkan, ia turut memberi tempias kepada industri kereta terpakai.

Apa tidaknya, bukan sahaja kereta terpakai mahal tetapi para pengedar kenderaan mula menjual kereta terpakai dengan bacaan odometer mencecah enam angka.

Para pengedar di seluruh Amerika Syarikat (AS) semakin terdesak untuk mendapatkan bekalan kenderaan baharu untuk menjual kepada para pelanggan.

Penurunan tersebut telah mengakibatkan mereka mengambil pendekatan mengembangkan perniagaan dalam industri kereta terpakai.

Pada masa lalu, ia bukan perkara luar biasa bagi kebanyakkan kenderaan memiliki perbatuan tinggi dihantar untuk lelongan.

Senario berkenaan sudah berubah apabila para pengedar mula menyimpan kenderaan-kenderaan itu untuk dijual semula kepada para pelanggan.

Kenderaan-kenderaan yang memiliki perbatuan 160,934 hingga 321,868 km kini boleh dijual melebihi AS$10,000 (RM43,960).

Bagaimanapun, pendekatan terbaharu itu memiliki risiko terutama kepada para pengedar kenderaan baharu.

Kebanyakkan para pembeli tidak akan teragak-agak menyimpan kenderaan yang tidak boleh dipercayai terhadap para pengedar menjualnya walaupun mempunyai perbatuan mencecah 321,868 km.

Apa yang jelas adalah harga kereta terpakai tidak akan susut dalam masa terdekat – carscoops

Google ads
Back to top button