
6 PENGEDAR SAH TAWAR KERETA TERPAKAI HONDA CERTIFIED USED CAR. NIKMATI JAMINAN LANJUTAN SELAMA SETAHUN
Honda Malaysia hari ini memperkenalkan program Honda Certified Used Car (HCUC) yang membolehkan orang ramai membeli kereta terpakai menerusi satu platform boleh dipercayai.
HCUC dilaksanakan menerusi enam pengedar di kawasan berbeza melibatkan MJN Motors Sdn. Bhd. (Selangor), Tiong Nam Motor (M) Sdn. Bhd. (Selangor), Kah Motor Co. Sdn. Bhd. (Pulau Pinang), Kah Motor Co. Sdn. Bhd. (Johor), Yong Ming Motor Sdn. Bhd. (Johor) dan Chuan Thye Motor Sdn. Bhd. (Pahang).
Honda Malaysia akan mengembangkan perniagaan ini bagi memenuhi permintaan kereta terpakai yang kian meningkat di Malaysia.

“Kami komited untuk menawarkan produk dan perkhidmatan dengan kualiti paling tinggi. Pada masa sama memastikan semua kereta Honda sama ada baharu atau terpakai mampu memberi keseronokan kepada pemilinya.
“Sebab itulah kami memperkenalkan HCUC sebagai pilihan kepada pelanggan yang ingin memiliki sebuah kenderaan Honda,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo.
HCUC membolehkan pelanggan memilih pelbagai model terpakai Honda berusia lima tajun dan ke bawah dengan perbatuan 100,00km atau lebih rendah. Honda Malaysia turut memastikan semua kereta yang dijual di bawah HCUC telah menjalani ujianketat dengan pemeriksaan 288poin dan dilakukan oleh pemeriksa bertauliah Honda.
Pemeriksaan itu merangkumi kondisi enjin, transmisi, fungsi, bahagian bawah, serta bahagian dalaman dan luaran kenderaan. Jadi, pelanggan boleh memandu kereta ini dengan tenang kerana kereta tersebut menggunakan alat ganti tulen, selain bebas daripada kemalangan serius dan banjir.
Pelanggan yang membeli kereta menerusi HCUC akan menerima jaminan lanjutan selama setahun, selain jaminan sedia ada yang masih sah. Untuk pengalaman pemilikan yang mudah, proses pemeriksaan pendaftaran kereta akan dilakukan oleh pengedar sah HCUC.
Maklumat lanjut, sila kunjungi mana-mana pengedar sah HCUC atau hubungi talian 1-800-88-2020.









