
CARSOME CERTIFIED LAB. KEMUDAHAN BAIK PULIH KERETA TERPAKAI PALING BESAR DI ASIA TENGGARA
Carsome, platform e-dagang kereta bersepadu terbesar di Asia Tenggara secara rasmi telah melancarkan Carsome Certified Lab, kemudahan pengubahsuaian kereta yang terbesar di rantau ini.
Carsome Certified Lab serba lengkap dengan keluasan lebih daripada 185,000 kaki persegi ini menawarkan kemudahan paling canggih untuk membaik pulih kereta terpakai menjadi seperti sebuah kereta baharu. Ia berupaya membaik pulih sehingga 2,000 buah kereta Carsome Certified setiap bulan, skala yang belum pernah dicapai di seluruh Asia Tenggara.
Ketua Pegawai Eksekutif Carsome Certified, Mei Han berkata Carsome Certified Lab memainkan peranan penting dalam menyokong usaha syarikat untuk memberi ketenangan fikiran kepada pengguna.
“Carsome Certified diwujudkan untuk memberi para pengguna pilihan kereta terpakai yang lebih berkualiti. Semua kereta kami melalui proses baik pulih bertaraf dunia di Carsome Certified Lab supaya pelanggan dapat mencari kereta impian mereka daripada pilihan berkualiti tinggi yang terbaik dan terbesar.
“Ini merupakan usaha berterusan kami untuk mengurangkan masalah yang dihadapi oleh pengguna dan industri,” kata Mei.
Carsome memastikan setiap kereta Carsome Certified dijamin lulus pemeriksaan 175 poin yang teliti untuk memastikan ia bebas dari kemalangan, kerosakan kerangka, kebakaran dan banjir. Sebahagian besar daripada pelaburan dibelanjakan untuk pembaikan mekanikal dan am, badan dan cat serta perincian kereta.
Kerja-kerja membaik pulih di kemudahan tersebut meliputi setiap bahagian kereta seperti dalaman, luaran, enjin, transmisi, suspensi, stereng, elektrikal dan elektronik. Setiap proses dilakukan oleh pakar teknikal dan berpengalaman, selain mematuhi piawaian keselamatan global.
Semua usaha ini memastikan semua kereta Carsome Certified selamat, selesa dan kelihatan cantik dari segi estetik seperti kereta baharu.
Carsome merancang untuk membuka lebih banyak Carsome Certified Lab dalam tempoh 12 bulan akan datang di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Ini bagi menawarkan pilihan kereta terpakai yang terbesar kepada pengguna.
Ketika ini, Carsome menyenaraikan lebih 1,000 buah kereta di laman webnya dan menawarkan pengalaman digital mudah kepada pengguna yang ingin membeli kereta berkualiti.
Pengguna boleh memilih kereta secara dalam talian dengan paparan 360 darjah, membeli kereta pilihan melalui proses kertas kerja yang minimum dan perkhidmatan penghantaran kenderaan terus ke rumah mereka.
Semua kereta Carsome Certified disertakan dengan Janji Carsome untuk memastikan bahawa kereta tersebut dijamin lulus pemeriksaan 175 poin, waranti selama setahun, jaminan wang dikembalikan 5 hari dan tanpa caj atau bayaran tersembunyi.