
HYUNDAI PROMISE KINI DI JALAN KLANG LAMA. BELI KERETA TERPAKAI HYUNDAI YANG DIJAMIN KUALITINYA
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah mengembangkan operasi jualan program kereta terpakai Hyundai Promise ke cawangan Sime Darby Auto Hyundai, Jalan Klang Lama.
Ini berikutan permintaan yang menggalakkan terhadap model-model terpakai Hyundai. Selain pusat di Glenmarie, pelanggan yang ingin membeli kenderaan terpakai Hyundai kini boleh ke Sime Darby Auto Hyundai, Jalan Klang Lama.
Outlet tersebut dapat memenuhi keperluan pelanggan di Kuala Lumpur dan kawasan berhampiran. Permintaan ke atas kereta terpakai semakin meningkat terutama untuk model-model yang diperkenalkan lima tahun lalu.

Model-model berkenaan menggunakan alat ganti tulen dan enjin asal. Ia juga telah menjalani pemeriksaan ketat oleh juruteknik terlatih bagi memastikan aspek elektrikal dan mekanikal berada dalam keadaan optimum.
Kereta yang telah disahkan itu bebas daripada terlibat dalam kemalangan serius. Jadi pelanggan akan berasa lega apabila membelinya. Ia juga didatangkan dengan jaminan lanjutan selama dua hingga lima tahun, bergantung kepada usia kenderaan dan jarak perbatuan.
Pelanggan turut akan diberikan kemudahan seperti bantuan tepi jalan 24 jam.
Kedua-dua outlet itu dibuka bermula jam 9.00am hingga 5.00pm pada setiap hari dan 9.00am hingga 12.30pm pada Sabtu.