" "
Artikel Pilihan

KEBANGKITAN KERETA JENAMA CHINA DI MALAYSIA. BAHAGIAN 1

Mungkin 10 tahun lepas jenama kereta dari negara China menjadi bahan lelucon pada media, pengguna dan pasaran tempatan. Seingat penulis, jenama China telah bekerja keras untuk menembusi pasaran Malaysia yang sememangnya didominasi oleh jenama tempatan dan juga Jepun

Namun rekaan yang pelik, kualiti yang diragui, krisis identiti yang meniru jenama terkenal lain serta dinamik pemanduan yang biasa biasa sahaja menyebabkan kereta dari jenama China dipandang sebelah mata sewaktu diperkenalkan satu ketika dulu

Namun pada hari ini selepas reda wabak penyakit COVID-19, produk automotif telah menyerang pasaran global dengan 4.91 juta unit kenderaan dieksport ke luar negara. Keadaan menyebabkan Amerika bertindak melindungi industri mereka dengan mengenakan cukai yang tinggi pada kenderaan dari China

BYD Sealion

Antara jenama yang dijual dari negara China termasuklah Changan (MPV CV6 Era), GWM (model SUV Haval), CAM (van Hiace copy ori), Foton (van Hiace copy ori), dan juga Borgward.

Kami cuba senaraikan semua jenama kereta China yang dijual di dalam pasaran negara pada hari ini. Antaranya ialah:

1. BAIC – Beijing Automotive Group Co adalah sebuah syarikat automotif yang berpusat di Beijing dengan pegangan syarikat dimiliki oleh kerajaan wilayah Beijing. Pada tahun lepas BAIC bercadang untuk membawa masuk 2 buah SUV iaitu crossover segmen C iaitu model X55 dan juga SUV BJ40 dengan rekaan seakan Jeep Wrangler. Kedua dua kenderaan ini dirancang dipasang secara CKD di Melaka.

DONGFENF BOX

2. BYD – merupakan satu nama yang tidak asing lagi pada paasaran dengan pengenalan kereta elektrik sepenuhnya seperti Atto 3, Dolphin, Seal, Sealion dan juga M6. Dengan pengenalan teknologi bateri Lithium Ferrous Phosphate, jenama BYD diterima dengan baik oleh pasaran dengan sokongn Sime Darby.

3. DONGFENG – merupakan satu jenama yang dibawa masuk oleh Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia dengan pengenalan model Dongfeng Box. Kereta elektrik ini telah dilancarkan pada bulan November 2024 dengan harga pengenalan RM 100,700 berupaya dipandu sejauh 271km WLTP untuk satu pengecasan penuh

4. CHANGAN – satu ketika dulu jenama ini telah diperkenalkan sekitar tahun 2009 dengan pelbagai model seperti Chana Era EV6, Changan CM8 dan juga kenderaan komersial Chana Era Star. Adalah sangat bertuah jika anda menjumpai semula semua kereta di atas dan besar kemungkinan kereta ini akn terbiar di tepi jalan menjadi reban ayam

Deepal S07

5. CHANGAN – namun untuk masa terkini dan menerusi evolusi teknologi elektrik, jenama Changan bakal menerjah semula pasaran negara melalui sub jenama kereta elektrik mewah Deepal. Jenama Deepal akan diperkenalkan oleh Bermaz dengan pengenalan model crossover Deepal S07 dan Deepal S05

6. CHERY – walaupun satu ketika dulu jenama Chery gagal disebabkan komitmen pengedar, namun kemunculan jenama Chery secara terus dari China pada kali ini kelihatan seperti “unstopable”. Chery telah mendirikan fasiliti pemasangan kenderaan CKD di Shah Alam dan buat masa ini ia mengedarkan kenderaan seperti Omada 5, Omoda E5, Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro

7. GAC – Guangzhou Automobile Group dibawa masuk oleh syarikat Tan Chong Motor melalui Warisan Tan Chong Automotive. Ada 2 model yang dibawa masuk iaitu model berenjin petrol GAC GS3 Emzoom dan juga kereta elektrik melalui sub jenama Aion ES3

Proton e.MAS 7

8. GEELY – bagi pasaran dalam negara, jenama Geely masuk dengan kerjasama Proton yang memperkenalkan model SUV X70, X50, X90 dan sedan S70. Bagi model kereta elektrik, Geely Galaxcy dibangunkan dengan usahasama Proton namun Geely bertindak memasuki pasaran Asia Tenggara secara sendirian bukannya dengan Proton seperti yang dijanjikan dulu

9. GWM – Great Wall Motor dulu masuk ke pasaran menerusi jenama Haval adalah salah satu syarikat automotif berpengaruh di China. Dengan berpengkalan di Baoding, GWM telah menghasilkan 1.23 juta unit kenderaan pada tahun 2023. GWM memiliki jenama Haval, Poer, Tank, Wey, Ora dan juga Haval dan model popular sekarang ialah Haval H6 HEV.

10. JAECOO – merupakan gabungan perkataan Jaeger (hunter) dan Cool dengan jenama ini merupakan subsidiari di bawah Chery namun beroperasi secara berasingan daripada Chery. Walaupun baru ditubuhkan pada tahun 2023, Jaecoo adalah jenama yang sangat agresif dan bersedia untuk menghasilkan produk mereka secara CKD iaitu crossover Jaecoo C9 pada tahun 2025

Jaecoo J7

Sebenarnya banyak lagi jenama dari China yang berada dalam pasaran. Buat masa ini kami senaraikan 10 dulu jenama dan baki lagi 10 jenama akan dihuraikan dalam artikel ke dua

Google ads
Back to top button