Artikel Pilihan

KERETA YANG TAK MENYESAL DIBELI. HARGA KEKAL MAHAL WALAUPUN TERPAKAI

Seringkali kita lihat kereta-kereta mahal yang boleh dikategorikan sebagai “rare” dan “collection item” jika dibeli dan dijual semula harganya mesti berlipat kali ganda mahal bebanding dengan harga asal. Malah sesetengah jutawam sengaja membeli kereta ini bukan untuk dipandu, tapi untu dijual semula satu hari nanti

Sesetengah pengeluar seperti Ferrari menetapkan bahawa model model istimewa ini hanya boleh dijual pada pemilik setia Ferrari sahaja dan jika pemilik berminat untuk menjual kereta tersebut, mereka hanya boleh menjual pada Ferarri semula sahaja.

Tapi tahukah anda ada beberapa kereta yang jika anda beli, harganya masih kekal untuk pasaran terpakai. Antaranya ialah:

1. Perodua Kelisa – ketika dilancarkan dulu Kelisa dijual antara RM 37,000 sehinggalah RM 41,000, disukai oleh James May daripada Top Gear tapi dihancurkan oleh Jeremy Clarkson. Dengan kapasiti enjin sekitar 850cc- 1000cc daripada enjin 3 silinder, ia sebenarnya direka bagi menggantikan model Kancil.

Ketika dipasang oleh Perodua satu ketika dulu, kebanyakan komponen Kelisa diimport (CKD part) daripada Jepun menyebabkan kereta ini tahan lasak dan disukai oleh pembeli selain menjimatkan bahan api. Satu-satunya sebab pembeli menjual kereta ini ialah ruang yang kecil

Selepas hampir 20 tahun, Kelisa berjaya mengekalkan hampir 50% harga asalnya dengan pasaran semasa antara RM 15,000-RM 19,000

2. Proton Arena – ketika pasaran Malaysia tidak menghargai sangat rekaan sedan dengan open deck sama seperti Subaru Brat, model Arena sebenarnya digemari oleh pasaran luar negara seperti Taiwan dan juga Australia. Ruang belakang digunakan oleh peniaga kecil bagi membawa barangan mereka dengan mudah

Ditambah pula dengan saiz enjin yang kecil, ia sebenarnya lasak dan kos pemilikannya adalah murah. Ketika dilancarkan dulu, harganya ialah sekitar RM 37,000 sehinggalah RM 41,000 bergantung pada varian dan spesifikasi. Cuba cari di laman web atau Google, terbeliak biji mata untuk harga Arena terpakai. Ia dijual antara RM 33,000- RM 40,000

Ini ibarat beli dulu 18 tahun lepas dengan harga RM 40,000 dan jual balik sekarang pun dengan harga RM 40,000. Ia rekod yang sangat hebat bagi sebuah Proton.

3. Toyota Hilux – sebelum ini harga Toyota Hilux memang sudah kita tahu mahal walaupun dibeli baru, dan kekal mahal untuk pasaran terpakai. Kemahalannya bertambah-tambah serius selepas YDPA Agong Sultan Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah memandu Hilux, meredah banjir dan memberikan tanda thumbs up

Sebelum kejadian ini penulis menjual semula Hilux 2.5 G milik penulis dengan harga RM 66,000 bagi tahun 2015 dengan mengekalkan 62% harga asal. Selepasa tular kejadian di atas, Hilux 2.5 TRD milik kawan penulis terjual dengan harga RM 75,000. Dan harga tersebut masih kekal dalam julat harga di atas bagi pasaran terpakai.

4. Toyota Hiace – ya van yang sangat humble ini pun boleh tahan harganya. Ketika dilancarkan dulu, van ini datang dengan 2 varian, samaada enjin petrol 2700cc VVTi ataupun enjin 2500cc turbodiesel dengan transmisi manual. Terdapat beberapa rekaan luar samaada van panel, van cermin ataupun berbumbung tinggi

Disebabkan beberapa isu teknikal, Hiace tidak lagi dijual untuk uniy baru melainkan versi panel low roof bagi tujuan mengangkat barang. Hanya van buatan China yang terkenal dengan pelbagai masalah saja dijual secara baru sekarang. Ini menyebabkan Hiace menjadi buruan pengguna di pasaran terpakai

Untuk pasaran terpakai, ia dijual antara RM 75,000- RM 85,000 bergantung pada rekaan cesi, enjin dan varian. Semakan penulis mendapati harga tertinggi yang ditawarkan ialah RM 90,000 iaitu mengekalkan hampir 90% harga asalnya ketika baru

5. Honda Civic FB – siapa sangka selain model FD yang menjadi buruan orang muda, model FB yang menggantikan FD. Walaupun datang dengan rekaan yang kurang agresif, tapi rekaannya lebih matang dan semua masalah berkaitan dengan model FD telah diselesaikan oleh Honda termasuklah masalah NVH

Pada pandangan penulis, ia sebuah kereta keluarga yang sangat sesuai untuk perjalanan jarak jauh, selesa dan pada masa yang sama cukup sedap untuk bermain di selekoh. Ketika baru ia dijual pada harga RM 115,000 bagi varian 1.8 dan RM 131,000 bagi varian 2.0. Selepas 5 tahun ia masih lagi mampu mengekalkan 50% harga asal di pasaran unit terpakai

6. Toyota Corolla Altis – memang menjadi saingan pada Honda Civic tapi rekaannya lebih selamat, lebih konvensional dan susah untuk ditelan zaman. Pada tahun 2017, ia dijual pada harga sekitar RM 117,00 bagi varian 1.8E, RM 120,000 bagi 1.8G dan RM 134,000 bagi 2.0V

Sebuah unit 1.8G yang amat terjaga bagi tahun 2017 boleh mencecah harga sehingga RM 83,000 di pasaran terpakai iaitu mengekalkan hampir 70% harga asal selepas 5 tahun digunakan. Walaupun rekaan Corolla ini taklah lawa, enjin kurang berkuasa, gearbox zaman batu, tapi ia semua takkan buat anda pening kepala.

Ya ini adalah beberapa model yang boleh dikatakan ada harga, masih lagi mahal dan sestengah model seperti Proton Arena perlu dibeli dengan harga tunai. Tak semestinya hanya model JDM yang pelik-pelik dan rare sahaja yang kekal mahal. Model biasa-biasa pun boleh jadi mahal asalkan ada peminat dia.

Google ads
Back to top button