Buletin

KEROSAKAN INI DIBAIKI DALAM 48 JAM, YA. DI JEPUN. APA SEBENARNYA YANG BERLAKU?

Beberapa hari ini viral di internet foto “ajaib” ini. Tak banyak info yang didedahkan kecuali 2 keping gambar yang menceritakan peristiwa sebelum dan selepas kejadian tanah mendap di Jepun, sebuah negara yang tertib dan maju kerana rakyatnya.

Jepun adalah negara yang kita ketahui berdisiplin tinggi. Daripada sistem keretapi dan pengangkutan yang teratur-maksud kami sangat teratur, kebersihan malah sikap peribadi. Jepun sebenarnya adalah model “negara Islam” sebenar walaupun mereka bukan Islam.

BACA – LAWATAN KILANG SPOON DI JEPUN

BACA – DAIKOKU, R&R PALING UNIK DI DUNIA

Baiklah. Jadi apa sebenarnya yang berlaku?

Kejadian ini berlaku di salah sebuah persimpangan Hakataekimae di bandar Fukuoka. Punca kejadian tanah mendap ini masih disiasat namun dipercayai disebabkan oleh pergerakan air bawah tanah.

Kejadian yang berlaku secara tiba-tiba itu menenggelamkan permukaan jalan seluas 100 kaki X 90 kaki dan sedalam 50 kaki. Berita baiknya, tiada laporan sebarang kecederaan yang berlaku.

Seperti biasa, pihak berkuasa telah mengambil tindakan pantas membaiki semula kerosakan itu dengan memperbaiki saluran gas, paip-paip air dan menimbus semula lubang dengan 6200 meter padu simen dan pasir. Ia dilakukan dalam masa 48 jam sahaja.

tanah-mendap

Menurut datuk bandar, Saochiro Fukushima, struktur baru ini 30 kali lebih kuat berbanding yang lama dan cuba teka apa?

Dia minta maaf atas kejadian ini dan telah berusaha sebak mungkin dengan pasukannya menyiapkan semula infrastruktur yang rosak.

Kerosakan dari bencana alam, dia baiki sepantas 48 jam, dan dia minta maaf!

Sila tonton video kerosakan ini untuk lebih jelas dan lihat bagaimana keadaannya selepas diperbaiki.

sumber

theguardian

japantimes

 

Google ads
Back to top button