Artikel PilihanBuletin

FOTOGRAFI LUAR BIASA R8 INI HANYA GUNAKAN MINIATUR RM200

Tahukah anda jurugambar adalah antara profession yang menawarkan pendapatan lumayan? Tak kira apa juga bidang kepakaran seperti perkahwinan, acara (event), sukan dan yang paling menyeronokkan sudah tentulah jurugambar automotif.

Mungkin anda pernah melihat bagaimana imej kereta bergerak dengan sudut “close-up” yang sangat luar biasa. Mungkin anda terfikir bagaimana kamera boleh diletakkan terlalu dengan menghadap bampar depan kamera ketika kereta sedang bergerak laju.

audi-r8-foto-8

Ia semuanya tentang kemahiran atau menggunakan helah kreatif. Antara tekniknya ialah seperti “rig photography” yang menggunakan batang besi bersimpang siur yang dilekapkan di atas hud kereta dan menggantungkan kamera dan di kawal menggunakan alat kawalan jauh. Imej ini kemudiannya diedit dalam persisian Adobe Photoshop.

BACA – AUDI RS3 POWER TAK INGAT!

BACA – AUDI R8 SPYDER

Lain pula kisahnya dengan Felix Hernandez Rodriguez. Apabila beliau mendapat tempahan dari Audi untuk merakamkan foto R8, beliau menggunakan props sepenuhnya. Lazimnya, props diperlukan sebagai sokongan objek untuk menjadikan subjek rakaman hidup tetapi dalam kes Rodriguez, beliau tidak menggunakan kereta Audi R8 pun!

Jadi, inilah imej yang anda nampak di sebalik kreativiti yang digunakan. Rodriguez menggunakan miniatur R8 yang dibelinya berharga RM200 dan mula menyusun propsnya supaya R8 tadi hidup dalam suasana persekitaran foto itu sendiri.

Hasilnya, audien tak akan terfikir langsung untuk meneliti foto Audi tadi tetapi lebih mengagumi ilusi efek awan, kabus, pasir dan asap yang digunakan.

Ini memang kreatif!

Hernandez photography

 

audi-r8-foto-4audi-r8-foto-1audi-r8-foto-5audi-r8-foto-3audi-r8-foto-7

Google ads
Back to top button