
KRISIS ASIA BARAT: KOS MENINGKAT, SELENGGARA JALAN RAYA MUNGKIN LEWAT SIAP
Kos pelaksanaan beberapa projek pembangunan dan pembinaan jalan raya dijangka meningkat susulan konflik di Asia Barat.
Ia termasuk risiko kenaikan harga bahan binaan berikutan situasi semasa konflik telah menjejaskan rantaian bekalan global.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, ketika ini 855 projek bawah Jabatan Kerja Raya sedang dilaksanakan di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, kira-kira 280 projek atau hampir satu pertiga telah dikenal pasti lewat. Angka berkenaan dijangka meningkat kepada lebih 300 projek sekiranya tekanan kos semasa berterusan.
“Data tersebut adalah sebelum berlakunya perang. Saya yakin pada masa ini, kemungkinan lebih daripada satu pertiga masih belum diperoleh kerana data terkini belum dikemas kini.
“Istilah behind time merujuk kepada kelewatan dalam jadual. Kelewatan ini ditakrifkan apabila sesuatu projek lewat sehari daripada tempoh 30 hari, atau melebihi satu peratus daripada had 10 peratus yang ditetapkan.
“Lewat jadual bermaksud kelewatan melebihi 30 hari atau melebihi 10 peratus daripada jadual asal. Sebelum perang, terdapat kira-kira satu pertiga yang telah mengalami kelewatan jadual, ada yang lewat sehingga 31 hari dan ada juga mencecah 32 hari”, katanya.
Tambah beliau, sektor pembinaan jalan raya paling terkesan berikutan kenaikan harga diesel kerana hampir keseluruhan operasi menggunakan jentera berat berasaskan bahan api tersebut.
Beliau berkata demikian selepas Lawatan Kerja Ke Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kulai, Johor. – Berita RTM
- BACA: UMW TOYOTA CATAT REKOD JUALAN 5,814 UNIT PADA MAC
- BACA: TEKNOLOGI CETUS KONTROVERSI, AI “PIKAR GENIE” GANTIKAN JURUJUAL KERETA
- BACA: PROTON E.MAS LANCAR KEMPEN ‘GOLDEN TEST DRIVE’, TAWAR 30 JONGKONG EMAS DALAM 30 HARI
- BACA: MOTO MORINI X-CAPE 1200 TIBA DI PENGEDAR, ADV TERBAIK DI MALAYSIA TAHUN INI?



