
UMW TOYOTA CATAT REKOD JUALAN 5,814 UNIT PADA MAC
Prestasi jualan UMW Toyota Motor (UMWT) terus menunjukkan momentum positif apabila mencatatkan 5,814 unit pada Mac 2026, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan tahun-ke-tarikh sebanyak 15,370 unit.
Pencapaian tersebut menjadikan UMWT kekal sebagai jenama automotif bukan nasional utama dengan barisan model yang menitikberatkan kegunaan harian, kecekapan serta nilai pemilikan jangka panjang.
Selari dengan peralihan industri ke arah mobiliti lebih lestari, UMWT terus mengembangkan pendekatan Multi-Pathway bagi memperluas pilihan elektrifikasi.
Antara langkah terbaharu ialah pengenalan tiga model kenderaan elektrik bateri (BEV) iaitu Toyota bZ4X, Hilux BEV dan Urban Cruiser BEV.

Ketiga-tiga model ini merangkumi keperluan mobiliti penumpang, komersial dan bandar, sekali gus memperkukuh portfolio elektrifikasi Toyota di Malaysia.
Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. berkata industri automotif kini memasuki fasa peralihan teknologi yang pesat, namun keutamaan pelanggan terhadap kebolehpercayaan dan kos pemilikan masih kekal.
Pada masa sama, UMWT turut memperkenalkan Toyota Harrier 2.5 Hybrid Electric Vehicle (HEV) bagi mengukuhkan kehadiran dalam segmen SUV premium.
Model ini kini ditawarkan sebagai varian hibrid sepenuhnya di Malaysia dan dibangunkan berasaskan platform TNGA-K.
Ia menampilkan sistem hibrid pengecasan sendiri yang mengimbangi prestasi dan kecekapan, selain menawarkan pemanduan lebih senyap serta selesa untuk perjalanan harian atau jarak jauh.
Dalam perkembangan lain, model prestasi Toyota GR Yaris menerima kemas kini global dengan penambahbaikan berinspirasikan sukan permotoran.
Antara pembaharuan termasuk stereng balutan kulit eksklusif GR dengan jahitan merah, diameter lebih kecil serta susun atur suis baharu bagi meningkatkan kawalan dan respons pemanduan.
Ekosistem Pemilikan Diperkukuh
Selain produk, UMWT terus memperkukuh pengalaman pemilikan menerusi inisiatif Toyota Extra Mile yang merangkumi enam teras utama iaitu Extra Rewards, Extra Protection, Extra Convenience, Extra Peace of Mind, Extra Security dan Extra Care.
Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kepercayaan pelanggan melalui sokongan menyeluruh sepanjang tempoh pemilikan.
UMWT turut disokong rangkaian lebih 100 pusat servis di seluruh negara, selain program Toyota Service Savers dan Toyota Extend yang membantu pelanggan merancang kos penyelenggaraan dengan lebih mudah.
Ekosistem digital juga dipertingkat melalui aplikasi Toyota MY App. Dari April hingga Jun 2026, pelanggan yang memuat turun dan mendaftar aplikasi ini akan menerima 500 mata Loyal-T, dengan tambahan 500 mata selepas membuat tempahan servis di pusat servis sah Toyota. Mata tersebut boleh ditebus sebagai baucar servis.
Promosi Musim Perayaan Berterusan
Bersempena musim perayaan yang berlanjutan hingga April, UMWT menawarkan pakej promosi bagi model terpilih dengan penjimatan sehingga RM7,500 serta pelan pembiayaan fleksibel.
Tawaran ini bertujuan memudahkan pelanggan melakukan perjalanan pulang ke kampung, menziarahi saudara-mara dan menjalani aktiviti perayaan dengan lebih selesa.
- BACA: TEKNOLOGI CETUS KONTROVERSI, AI “PIKAR GENIE” GANTIKAN JURUJUAL KERETA
- BACA: PROTON E.MAS LANCAR KEMPEN ‘GOLDEN TEST DRIVE’, TAWAR 30 JONGKONG EMAS DALAM 30 HARI
- BACA: MOTO MORINI X-CAPE 1200 TIBA DI PENGEDAR, ADV TERBAIK DI MALAYSIA TAHUN INI?
- BACA: AEON CREDIT RASMI LABUR DALAM CARDINALS RACING TEAM BAGI ARRC 2026









