Artikel PilihanBuletin

LAGENDA NISSAN GT-R TAISAN INI DIANGGARKAN BERNILAI RM1.8 JUTA

Kereta ini sangat ikonik kerana telah memenangi 29 kejuaraan Japan Touring Car Championships (dulu dikenali sebagai JGTC) sepanjang hayatnya. Pasukan Taisan juga terkenal dengan liveri merah hitam yang popular.

Taisan adalah sebuah syarikat yang berpengkalan di Tokyo yang diasaskan oleh Yasutsune “Ricky” Chiba pada 1943. Syarikat ini mengkhusus kepada perniagaan automotif seperti penghasilan alatan pam elektromagnatik. Kemudian, ia berkembang kepada perniagaan gas, dan minyak, cecair dan perniagaan petro-kimia yang berkaitan dengan industri di Jepun. Mereka juga membekalkan peralatan perubatan dan mesin-mesin berat.

Bagaimananpun, Chiba-san merupakan seorang yang meminati dunia automotif dan telah menubuhkan pasukan perlumbaan sendiri, Team Taisan International.

Sebelum R32 GT-R, Chiba sudah lama berlumba dalam arena Porsche. Pada 1983, mereka bekerjasama dengan Nova Engineering menerusi pembangunan prototaip Porsche 956 dalam perlumbaan All-Japan Endurance Championships dan Fuji Long Distance Championships.

Nova Engineering telah bekerjasama dengan syarikat tayar Yokohama, dan di sinilah bermulanya tema livery sub-jenama Yokohama Advan.

Kejayaan pertama pasukan ini adalah dalam perlumbaan Fuji 500km pada 1984 menerusi pelumba Kunimitsu Takahashi, seorang pelumba veteran dalam arena Jepun. Takahashi bermula sebagai pelumba motosikal Honda tetapi telah diserap oleh Nissan dalam pasukan Skyline Hakosuka pada era 50-an. Takahashi telah memenangi tiga kejayaan berturut-turut dalam Fuji Long Distance Championships, dari tahun 1985-87, dengan emmandu Porsche 962C.

R32 GT-R ini pula telah memenangi setiap pelumbaan yang disertainya dalam kejuaraan Japan Touring Car Championships yang dianjurkan pada tahun 1990-93. Sebenarnya, pasukan Taisan agak lewat menyertai perlumbaan ini hingga 1991. Ia dipandu Keichi Tsuchiya, seorang pelumba lagenda Jepun sehingga hari ini.

Pada tahun 2000, kereta ini telah direstorasi oleh Kilang Nismo Omori untuk dipertontonkan pada festival Nismo di tahun yang sama. Di bawah ialah video tribute Tsuchiya bersama model penting dalam karier beliau.

Hari ini, kereta Nissan Skyline GT-R dari penala Taisan akan dilelong kepada umum dengan harga anggarannya dijangka akan mencecah RM1.8 juta. Ya, ia sebuah Skyline R32 dan Ya, ia sebuah R32 paling “lejen” dalam sejarah Jepun termasuklah R32 milik HKS dan juga Calsonic.

GALERI

Google ads
Back to top button