TIGA MODEL LAMBORGHINI MIURA P400 1968 DILELONG RM8.3 JUTA
Tiga kereta Lamborghini klasik yang tersadai di dalam bangsal selama beberapa dekad dilelong pada harga keseluruhan mencecah £1.5 juta (RM8.3 juta), lapor akhbar Metro UK kelmarin.
Kereta model Lamborghini Miura P400 keluaran tahun 1968 tersebut terbiar sehingga dipenuhi karat dan debu, serta cat yang sudah lekang.
Ketiga-tiga kereta itu dimiliki oleh seorang pengumpul kenderaan terkenal bernama Rudi Klein, yang meninggal dunia pada tahun 2001.
Kenderaan tersebut dilengkapi enjin V-12 yang mampu menghamburkan 350 kuasa kuda dengan kelajuan sehingga 170 kilometer sejam.
Ia bakal dilelong oleh firma lelongan, RM Sotheby’s dalam acara lelongan ‘The Junkyard: The Rudi Klein Collection’ di Los Angeles pada Oktober ini.
“Tiada yang lebih tulen dan hebat seperti P400 asal. Ia adalah salah satu contoh sebenar reka bentuk kereta sport dan koleksi mewah yang tidak dapat disangkal lagi,” kata RM Sotheby’s. – Kosmo