10 GTR TERHEBAT DI DUNIA – BUKAN NISSAN JE PAKAI NAMA GTR TAU
GTR atau Grand Turismo Racing atau Grand Turismo Racer merupakan ringkasan tiga huruf yang diguna khusus untuk menunjukkan kehebatan teknologi kejuruteraan pada model-model tertentu. Jangan ingat bila sebuat nama GTR saja ia eksklusif untuk Nissan GTR. Bukan macam tu sedaghe-sedaghe, ada banyak lagi model hebat lain yang gunakan ringkasan yang sama.
Ini adalah 10 buah kereta yang turut menggunakan lencana GTR yang ikonik.
Nissan Skyline R34 GT-R
Tak payah sembang kari banyak sangat, rasanya tak ada peminat kereta yang tak minat dengan GT-R yang satu ni. Skyline R34 GT-R yang dilahirkan dengan enjin RB26 dan sistem pacuan semua roda.
Ia merupakan produk ketiga dalam generasi R32 dan R33 dan tidak disangka-sangka telah menjadi fenomena global. Ia menjadi popular sekelip mata selepas muncul dalam permainan video Grand Turismo 2 dan kemudiannya membuat penampilan dalam filem 2 Fast 2 Furious.
McLaren F1 GTR
Kereta terlaju di dunia dekad 90 an dan jauh dari kemampuan kita semua. Menariknya McLaren masih merasakan ia belum cukup untuk bertanding secara kompetitif dalam perlumbaan Le Mans. Hasilnya lahirlah F1 GTR.
Kebanyakan perbezaan dengan McLaren F1 standard ialah pada bahagian aerodinamik untuk membolehkannya menjana lebih banyak downforce. Paling menonjol semestinya spoiler GT yang besar gedabak tu.
Mercedes AMG GT R Pro
kenapa la sekarang ni ramai betul yang suka namakan model mereka pro. Dah macam telefon pintar pulak bunyi namanya. AMG GT Pro ni kiranya adalah model AMG GT yang paling premium. Kuasanya masih sama iaitu 4.0 liter turbo berkembar V8.
Naik taraf lain berbanding AMG GTR standard ialah pada sistem suspensinya. Almaklumlah, dah namanya kereta sport mesti ala ada udara untuk bernafas.
BMW E46 GTR
Inilah E46 paling popular khususnya di kalangan kaki video games NFSMW. Yang tak tahu apa maksud NFSMW tu dah sah-sah bukan kaki games. E46 GTR ini menggunakan enjin 4.0 liter V8 yang menjadikan seekor ‘haiwan liar’.
Kereta ini pernah memasuki perlumbaan American Le Mans Series dalam kategori GT dan telah berjaya menewaskan Porsche 911 GT3-R yang pernah membelasah BMW lain tahun sebelumnya.
Lamborghini Diablo GTR
Diablo GTR merupakan model istimewa dari Lamborghini dan dihasilkan khusus untuk perlumbaan Diablo Supertrophy. Ia asalnya ialah sebuah Diablo GT sebelum diberikan kuasa yang lebih dan beratnya dikurangkan.
Kereta ini dilengkapi dengan hanya satu tempat duduk dan merupakan varian terakhir Diablo sebelum digantikan oleh Murcielago.
Mercedes CLK GTR
Sama seperti McLaren F1 sebelum ini, CLK GTR juga dihasilkan semata-mata untuk perlumbaan. Jadi sebagai memenuhi syarat, beberapa model homologasi turut dihasilkan untuk jualan. Walaupun ianya untuk kegunaan jalan raya biasa ia masih mengekalkan rekaan badan daripada gentian karbon dan enjin V12 yang mampu menghasilkan 600bhp kuasa maksima.
Menariknya, AMG telah membeli sebuah McLaren F1 GTR untuk ujian enjin dan komponen aero mereka. Mereka memasangnya pada F1 GTR, mengujinya kemudian buka balik dan memasangnya pada CLK GTR. Hasilnya mereka berjaya menewaskan McLaren pada pusingan pertama perlumbaan dengan CLK GTR mereka.
Nissan R35 GT-R Nismo
Meneruskan legasi kejayaan Skyline GT-R sebelumnya tapi kali ini Nissan meninggalkan terus nama Skyline. Generasi R35 hanya dikenali dengan nama Nissan GT-R. Ia masih dikenali sebagai pembunuh supercar dengan teknologi paling moden, aerokit dan pelbagai ciri penjimatan berat menjadikannya sebuah jentera GT yang paling ideal.
Penambahan pengecas turbo spesifikasi GT3 mampu menaikkan lagi kuasanya kepada 592bhp. Penambahan sebanyak 30bhp berbanding sebelumnya. Kalau dapat beli sebiji edisi Nismo ni memang rasa macam dapat pikat awek paling lawa dalam kampung.