Artikel Pilihan

PORSCHE 959 INI PERNAH DIBELI NISSAN UNTUK SELIDIK SISTEM AWD – NAK ILMU KENALAH MELABUR SIKIT

Porsche memang sinonim dengan kereta-kereta sports dan pernah menghasilkan beberapa model ikonik. Tanyalah mana-mana peminat Porsche dan mereka akan bersetuju yang 959 adalah ciptaan terbaik Porsche. Kini satu unit yang direstorasi dengan penuh teliti bakal dilelong dan mungkin mencatat rekod harga baharu.

Ada beberapa sebab yang menjadikan 959 ini cukup isitimewa. Satu ialah ia menjalani proses restorasi yang menyeluruh di tangan Canepa melalui program restorasi 959 SC Reimagined. Ia merupakan chasis nombor 022 daripada 266 unit Porsche 959 Komfort yang pernah dihasilkan. Sewaktu diserahkan kepada Canepa, 959 ini cuma mencatatkan 1,0000 pada meter perbatuannya dan ia juga mempunyai sejarah tersendiri.

Dokumen asal kereta ini menunjukkan ia dibeli oleh Nissan Motor Company menerusi pengedar Porsche di Belgium. Sebaik tiba di Jepun, pengeluar tersohor Jepun itu meleraikan kereta ono satu persatu untuk proses R&D. fokus utama mereka ia untuk mempelajari sistem all-wheel-drive yang cukup sofistikated.

Apa yang dipelajari Nissan pada 959 inilah yang diterjemahkan Nissan kepada generasi Skyline GT-R R32. Selepas semuanya selesai, 959 tersebut telah dijual kepada salah seorang jurutera Nissan yang menyimpannya sebelum dieksport ke AS.

Canepa memperolehi kereta ini pada tahun 2019 dan selama empat tahun telah memperuntukan lebih 4,000 untuk restorasi yang menelan belanja mencecah USD1juta! Cat asal  Polar Silver telah digantikan dengan Oak Green. Sama seperti model lain yang direstorasi oleh Canepa, semua komponen telah dibuka, dibersihkan dan digilap seperti baharu.

Sebagai tambahan, 959 ini kini dilengkapi dengan penyerap hentak Penske dan spring titanium, brek yang dibaik taraf, rim custom 18 inci dan enjin 2.8 liter turbo berkembar yang juga dimodikasi dengan penuh teliti. Hasilnya ialah kuasa maksima lebih 800hp dan tork setinggi 881Nm.

Apa yang dinaik taraf pada enjin boxer tu? Mmm, boleh tahan antaranya ialah penggunaan con rod titanium, camshaft naiktaraf, header tungsten bersadur seramik dan sistem ekzos titanium dua peringkat. Hasilnya ialah pecutan 0-100kmj dalam masa 2.5 saat dan kelajuan maksima 370kmj!

Ia akan dilelong oleh Broad Arrow Auctions awal Mac ini dan harganya dianggarkan sekitar USD3.25 ke 3.75 juta. Dengan kejatuhan RM berbanding USD yang paling teruk dalam sejarah ni membuatkan kami pun dah malas nak buat pertukaran nilai matawang. Korang convert sendiri la ya.

Google ads
Back to top button