Buletin

LEVC L380 MULA DIDEDAHKAN. GAYA e-MOBILITI MPV MEWAH MASA HADAPAN

London Vehicle Electric Company (LVEC) telah memperkenalkan maklumat baharu dan imej dalaman yang mewah dan inovatif bagi Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) L380, yang pertama daripada rangkaian model pintar, luas, elektrik sepenuhnya, yang akan menyaksikan jenama itu mempercepatkan peralihannya daripada pengeluar teksi yang mewah kepada pembekal terkemuka bagi penyelesaian e-mobiliti.

Pada acara reka bentuk yang diadakan di Bandar Yishang, Hangzhou, China, LEVC mendedahkan lebih lanjut tentang inspirasi estetik MPV mewah baharunya, model pertama dalam rangkaian baharunya yang disokong oleh platform EV tulen Space Oriented Architecture (SOA), teknologi revolusi yang membolehkan L380 menawarkan pengalaman yang luas dan mewah yang tidak pernah ada sebelum ini, sama ada untuk keluarga atau penggunaan perniagaan.

Menggabungkan ruang yang luas dan canggih dengan bahan premium, inspirasi L380 datang dari dunia perjalanan syarikat penerbangan mewah dengan tempat duduk sehingga lapan kerusi dan kerusi gaya kelas pertama yang fleksibel, dibalut kulit semi-anilin yang lembut dan halus – yang boleh dilaras untuk diubat menjadi tempat tidur. Tempat duduk ini dikontrakan dengan fabrik Alcantara, krom cerah dan kristal untuk seluruh kabin supaya kelihatan lebih mewah.

Kemasan lain yang menonjol termasuk papan pemuka terapung organik dan bumbung kaca panoramik seluas 2.18m persegi, yang memandikan kabin dalam cahaya semula jadi atau melindungi penghuni melalui peredupan pintar,

Bahagian kabin ini turut diserikan dengan pelbagai elemen indah yang mencerminkan integrasi budaya antarabangsa L380, daripada rekabentuk saluran udara tradisional Cina berbentuk Ruyi kepada kesan pencahayaan kabin pancuran meteor, yang menyepadukan ikon London seperti Tower Bridge dan Big Ben.

Dan segala hasil reka bentuk luar dan dalaman LEVC L380 ini adalah menjadi tanggungjawab Brett Boydell selaku Global Chief Design Officer untuk syarikat ini berserta pasukannya yang berpangalan di LEVC’s Design & Innovation Centre di Ansty.

Model serba baharu ini yang memberikan mobility mewah yang pintar dan juga hijau ini akan dilancarkan di China terlebih dahulu dan dijangkakan akan tiba di pasaran UK dalam tempoh dua tahun akan datang.

BACA : SKIM MILIKAN BAHARU TEKSI HITAM LONDON DILANCAR

BACA : APABILA TEKSI DIUBAH SUAI, MEWAH HABIS!

.

Google ads

B K

Back to top button