Buletin

SKIM MILIKAN BAHARU TEKSI HITAM LONDON DILANCAR

Teksi Hitam (Black Cab) ini adalah lagenda bagi kota London. Susuk tubuh teksi berwarna hitam dengan saiz seumpama MPV ini telah lama menjalar atas talian. Dan berita mengenai penggantinya dengan menggunakan teknologi hijau telah lama diperkatakan.

BACA : LONDON TAXI HYBRID BAHARU DIUJI CUACA PANAS MELAMPAU DI ARIZONA

BACA : TEKSI LONDON TERUS MAJU KE DEPAN – PEMILIKNYA ADA KAITAN DENGAN PROTON

Kini, ada khabar berita gembira yang dinantikan oleh para pemandu teksi di sana. Pihak Bandaran Country City sambil disokong oleh London Electric Vehicle Company (LEVC)  telah mengumumkan Skim Milikkan – “Go Electric Taxi” bagi menggantikan model teksi yang lama kepada model baharu yang lebih mesra alam sekitar.

Skim ini turut mendapat kerjasama daripada syarikat tenaga daripada Ireland ESB, Siemens dan juga aplikasi teksi Gett dalam usaha untuk menarik minat agar rangkaian teksi elektrik ini diterima dengan baik. Mereka yang berminat akan turut menerima insentif berjumlah £2,500 termasuk juga uji pandu selama dua minggu kepada semua pemandu teksi di Hackney, Coventry.

Teksi Hitam London elektrik ini mampu menarik pengguna kerana ianya menawarkan tempat mengecas komputer riba & telefon bimbit, wifi percuma, kaedah pembayaran menggunakan kad dan yang paling penting mempunyai sifar pencemararan.

Menurut tinjauan awal warga Coventry, mereka bersedia untuk memilih teksi dengan kuasa bater ini sekiranya berpeluang untuk menahannya di tepi jalan. Tapi zaman sekarang ini, semuanya di hujung jari. Warga asing pun reti nak muatnaik aplikasi. Ini kan pula kita ini yang belajar sampai SPM setidaknya.

Sebagai bandar kelahiran kepada Teksi Hitam ini, sudah tentu lokasi mengecas turut dibina dengan banyak bagi memudahkan para pemandu teksi Hackney untuk mengecas tanpa perlu membeli powerbank daripada ShopeeMenurut salah seorang pemandu, Kartar Sabraiwal, 59 tahun berkata dengan penggunaan teksi elektrik ini beliau mampu menjimatkan sehingga £400 sebulan penggunaan bahan bakar disamping membantu Bandar Coventry lebih mesra alam sekitar setidaknya.

Manakala CEO LEVC, Chris Gubbey pula berkata pemilihan Coventry sebagai permulaan kepada langkah untuk menggantikan lagenda teksi hitam ini sebagai tepat memandangkan disinilah teksi TX eCity ini dibina, kira macam tuan rumahlah kan. Dah nama tuan rumah, kenalah pakai dahulu. Kemudian baru sebarkan ke seluruh pelusuk UK dan juga dunia.

Google ads

B K

Back to top button