,
Buletin

LOKATAG, TIADA LAGI MASALAH BATERI PADA SMARTTAG ANDA

Ketika sistem pembayaran tol mula beralih kepada RFID, masih ramai pengguna di luar sana yang belum bersedia. Ataupun masih lagi mengekalkan penggunaan peranti SmartTag mereka.

Touch N’ Go Sdn Bhd, pemilik sistem operasi pembayaran tol di Malaysia sebenarnya sudah memperlahankan penjualan peranti Smart Tag dan secara beransur-ansur beralih kepada sistem frekuensi radio (Radio-Frequency Identification – RFID).

Kini peranti SmartTag dijual oleh pihak ketiga, Efkon Asia yang juga merupakan pembekal asal kepada Touch N’ Go sebelum ini. Ia dijenamakan kepad MaxTag.

Hari ini, LokaTech Engineering Sdn Bhd, dengan kerjasama EFKON menawarkan satu lagi pilihan peranti pembayaran tol tempatan.

Firma Austria itu melancarkan unit peranti terbina dalam yang pertamanya yang dikenali sebagai LokaTAG. Ia adalah alternatif kepada MaxTAG yang diperkenalkan pada 2018.

Jika anda biasa dengan sesetengah kereta Toyota dan Myvi, ia menggunakan sistem yang sama. Untuk mudah faham, LokaTAG merupakan “smarttag” yang disambung terus pada sistem pendawaian kuasa kereta dan dipasangkan di mana-mana bahagian konsol kereta yang anda rasa sesuai.

Dalam kes Myvi, Perodua memasangnya di bahagian konsol kanan di bawah stereng. Kereta Toyota Harrier di dalam konsol tengah perehat tangan.

Berapa harganya? macamana nak pasang LokaTAG ni?

Dijual pada harga RM499 seunit, peranti LokaTAG menawarkan alternatif kepada penggunaan MaxTAG mudah alih yang dilancarkan pada Oktober 2018.

LokaTAG direka supaya dapat disepadukan dengan kenderaan yang boleh disambungkan terus kepada bateri kenderaan.

Sesuai untuk semua jenis kenderaan, ia menampilkan paparan dengan pencahayaan belakang tahan lama yang memaparkan amaran ralat dan baki kredit.

Menerusi usahasama dengan Shopee Malaysia (www.shopee.com.my), setiap pembelian LokaTAG dari gedung rasmi dalam talian LokaTAG, para pembeli di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor akan dapat menikmati pemasangan percuma di lokasi mereka. Di samping pelan bayaran mudah 0% hanya dengan tambahan RM1.

Pelanggan di luar kawasan tersebut pula boleh memasang LokaTAG mereka secara percuma dengan pengedar berdaftar yang terpilih.

Tags
Google ads
Back to top button