
PENGGUNA LEBUHRAYA MEX KINI BOLEH BAYAR TOL GUNA KAD KREDIT, DEBIT
Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) menjadi yang pertama melaksanakan Sistem Pembayaran Tol Terbuka (SPT) menggunakan kad debit atau kad kredit bermula hari ini.
kemudahan itu sekali gus memberikan alternatif baharu serta kemudahan kepada pengguna dalam proses pembayaran tol, berbanding kaedah sedia ada seperti Touch ‘n Go, SmartTag dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).
Maju Expressway Sdn Bhd (MESB) syarikat konsesi Lebuhraya MEX antara 12 lebuh raya terawal melaksanakan sistem SPT yang mana pengujian sistem sudah bermula pada Julai lalu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia bagi memastikan kesediaan dan kelancaran pelaksanaan operasi selaras dengan piawaian ditetapkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
“Buat permulaan, SPT akan bermula di enam lorong sebagai proses percubaan sebelum diperluaskan ke semua lorong di ketiga-tiga plaza tol MEX sedia ada iaitu Salak Selatan, Putrajaya dan Seri Kembangan, pada penghujung September depan,” katanya.
Selain MEX, inisiatif itu turut membabitkan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Besraya, Lebuh Raya Pantai Baharu (NPE), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Terowong SMART, Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) dan Jambatan Pulau Pinang. – Malaysia Now
- BACA: SISTEM KUTIPAN TOL SECARA PEMBAYARAN TERBUKA DILAKSANAKAN SEPTEMBER INI
- BACA: CULAS BAYAR TOL, PEMANDU TRAK PIKAP WARGA KEMBOJA DITAHAN POLIS THAILAND
- BACA: BAYARAN TOL RM225.80 DARI JAKARTA KE BANDUNG, PEMANDU ANGGAP TAK LOGIK
- BACA: MPV SANGKUT DI PALANG TOL, BAWA MUATAN LEBIH HAD MAKSIMUM 2.1 METER