Buletin

MODEL HIBRID CKD HONDA CATAT JUALAN KE-10,000 UNIT

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa model hibrid pemasangan tempatan (CKD) telah mencapai jualan yang ke-10,000 unit di Malaysia.

Bagi meraikan pencapaian tersebut, Honda Malaysia menyampaikan sebuah City Hybrid kepada pemilik bertuah, Saddam Hassan Abdul Salim di Macinda Auto Sdn. Bhd.

Pada tahun 2014, Honda Malaysia menjadi perintis dalam memperkenalkan teknologi hibrid kepada pengguna tempatan menerusi Civic Hybrid.

Selari dengan agenda kerajaan untuk mempromosikan tenaga hijau dan penerimaan positif pasaran terhadap teknologi hibrid, Honda Malaysia kemudian menghasilkan Jazz Hybrid CKD yang pertama di Pegoh Plant di Alor Gajah, Melaka pada tahun 2012.

Ini sekali gus mencatat rekod sebagai pengeluar kenderaan bukan nasional pertama yang menghasilkan kenderaan hibrid di Malaysia. Selain menjadikan Malaysia negara ketiga yang memasang model hibrid Honda selepas Jepun dan Amerika Syarikat.

Daripada 10,000 unit itu, Jazz Hybrid merekodkan jualan tertinggi dengan lebih 6,000 unit. Diikuti oleh City Hybrid dengan lebih 3,400 unit dan HR-V Hybrid sebanyak 670 unit sehingga Jun 2019.

“Tahun ini merupakan tahun ke-15 Honda memperkenalkan teknologi hibrid di Malaysia. Bermula dengan teknologi Integrated Motor Assist (IMA) sehinggalah intelligent Dual-Clutch Drive (i-DCD), Honda terus fokus untuk menawarkan inovasi teknilogi terkini ke pasaran Malaysia.

“Saya gembira melihat penerimaan positif pengguna di malaysia terhadap kenderaan hibrid Honda. Rangkaian model hibrid kami mampu memenuhi keperluan dan gaya hidup pengguna yang pelbagai,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Sarly Adle Sarkum.

Sebagai pembeli ke-10,000 model hibrid Honda, Saddam dihadiahkan dengan Pakej Perlindungan daripada Honda Malaysia. Pakej itu merangkumi Ultra Body Coating, Ultra Window Coating dan Wheel Lock Nut. Selain pakej Modulo secara percuma.

Tags
Google ads
Back to top button