,
Buletin

“PASANGAN YAMAHA ADALAH ANCAMAN TERBESAR TAHUN INI” – MARQUEZ

Tiga pusingan, sesi kelayakan yang mencabar, perlumbaan yang kompettitif dari pasukan MotoGP memperlihatkan perkembangan baru pada tahun ini. Dari tiga musim terakhir, Yamaha dilihat memberi tekanan kuat pada Marq Marquez dan beliau tidak menafikannya.

Marc Marquez melihat Maverick Vinales dan Fabio Quartararo as sebagai “ancaman yang mesti ditewaskan”. Meskipun telah menjarakkan kutipan mata keseluruhan kepada 58 berbanding pencabar terdekatnya Dovizioso dari Ducati, pelumba muda ini ternyata bersetuju bahawa Yamaha M1 sudah semakin mencabar kedudukan HOnda RC213V.

MArquez bernasib baik kerana pada perlumbaan di Assen dan Sachsenring, kedua pencabar Ducati (DOvizioso dan Petrucci) dan Suzuki (Alex Rins) gagal menyinar. Beliau kini berada pada kedudukan selesa mendahului pelumba lain di kemuncak kejuaraan.

Selepas cuti musim panas ini Marquez mengakui cabaran terbesar ialah menyekat penguasaan Vinales dan rookie terbaik musim ini, Quartararo dari pasukan Petronas-SRT.

“Sekarang, kami ada kedudukan yang bagus berbanding Ducati. Tapi sudah tentu, mereka akan kembali dan kembali dengan pantas, Ujar Marquez.

“Tapi buat masa ini, pasukan yang perlu saya tewaskan ialah kedua-dua pasukan Yamaha, Vinales dan Quartararo. Saya rasa mereka akan lebih pantas pada perlumbaan akan datang.

“Kami perlu terus bekerja dengan lebih baik dan fokus pada kedudukan sekarang, sama seperti perlumbaan di Jerman. Tak penting siapa di belakang saya, siapa yang kemalangan, siapa yang buat kesilapan. Paling penting, ialah konsentrasi saya terhadap rentak perlumbaan.

MotoGP Jerman adalah kejuaraan berganda bagi Marquez apabila adiknya berjaya memenango perlumbaan Moto2 dan menjarakkan kedudukan lapan mata di hadapan Thomas Luthi.

“Cuti musim panas kali ini lebih gembira bagi saya dan keluarga kerana adik saya menang dan mendahului kutipan mata Moto2.

Marquez juga kini telah menyamai rekod Valentino Rossi yang memenangi perlumbaan di litar yang sama sebanyak 10 kali. Beliau menjurai litar Sachsenring, Jerman untuk kali yang ke-10 menyamai rekod Rossi di litar Mugello.

Google ads
Back to top button