Buletin

MAHU ELAK KEMALANGAN, SEBUAH BANDAR DI BELANDA PASANG LAMPU ISYARAT DI ATAS JALAN

Sebuah bandar di Belanda telah memperkenalkan satu cara luar biasa untuk memastikan pengguna tegar telefon pintar kekal selamat ketika berada di atas jalan raya – pasang lampu isyarat di atas jalan tar.

Bandar Bodegraven, Belanda dilapor memasang garisan lampu yang selari dengan lampu isyarat. Kemudahan itu memastikan pejalan kaki tidak berjalan dalam keadaan bahaya ketika sedang asyik melihat telefon pintar masing-masing. 

Walaupun diletakkan di atas jalan, fungsinya sama seperti lampu isyarat biasa. Hijau untuk  jalan dan berhenti ketika merah. Inisiatif itu kini juga sedang diuji di Ausburg, Jerman.

Lampu tersebut dibina oleh HIG Traffic Systems, syarikat yang berpangkalan di Bodegraven. Ia berharap dapat menjual lebih banyak lampu tersebut di bandar-bandar lain tidak lama lagi. Setakat ini, ia hanya dipasang di satu simpang jalan sebagai percubaan.

“Penggunaan telefon pintar oleh pekalan kaki dan penunggang basikal sememangnya mencetuskan masalah besar. Tram di The Hague misalnya terpaksa menekan brek kecemasan kerana pejalan kaki tidak melihat trafik di hadapan mereka,” kata seorang jurucakap HIG Traffic Systems.

Biarpun begitu, pengenalan lampu itu mencetuskan kontroversi. Ia disifatkan sebagai tidak bagus kerana menggalakkan pejalan kaki semakin leka dengan telefon pintar mereka.

“Kami tidak mahu orang ramai menggunakan telefon pintar ketika berjalan. Mereka mesti peka dengan keadaan trafik sekelliling dan berhenti di tempat sepatutnya,” kata pegawai Persatuan Keselamatan Trafik Belanda, Jose de Jong.

sumber: World Economic Forum  

This Dutch town has traffic lights on the ground because peopl…

The solution to pedestrians staring at their phones? Traffic lights on the ground. Read more: http://wef.ch/2m2aCNQ

Posted by World Economic Forum on Khamis, 9 Mac 2017

Google ads
Back to top button