Buletin

GAC MOTOR LANCAR MPV MEWAH PERTAMA GM8 – BOLEH LAWAN VELLFIRE TAK NI?

Pengeluar kenderaan paling pantas berkembang di China, GAC Motor baru-baru ini memperkenalkan barisan model terbaharu termasuklah MPV mewah pertamanya, GM8.

Pengenalan itu dibuat oleh Presiden GAC Motor, Yu Jun pada acara Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou 2017.

Disasarkan kepada pasaran mewah, GM8 dibangunkan di atas platform tahap C GAC Motor yang mengintegrasikan sumber-sumber terbaik dari seluruh dunia dan teknologi tercanggih.

Kemewahan MPV baharu ini bukan sahaja dapat dilihat dengan jelas menerusi rekaan luarannya. Malah, penggunaan kerusi kapten, rangkaian teknologi pintar dan ciri-ciri keselamatan terkini.

“Pasaran automotif China menyaksikan meningkatnya permintaan terhadap MPV yang luas dan praktikal, seterusnya dapat memenuhi keperluan keluarga serta perniagaan. Dengan GM8 yang versatil ini, GAC Motor mahu meningkatkan standard pasaran MPV mewah di China,” kata Yu Jun.

Selain MPV GM8, barisan model mewah GAC Motor turut merangkumi sedan GA8 dan luxury SUV GS8 yang telahpun dilancarkan secara rasmi sebelum. Model-model itu menjadikan GAC Motor sebagai pengeluar pertama yang menawarkan kenderaan Kelas C mewah yang lengkap meliputi sedan, SUV dan MPV. 

GM8 MPV dijangka ditawarkan pada harga bermula 180,000 yuan (RM108,50) hingga 270,000 yuan (RM164,800) seunit di China.

Yu Jun menegaskan bahawa  matlamat strategik syarikat adalah untuk menghasilkan jenama China bertaraf dunia yang mampu menjangkau pasaran antarabangsa. Setakat ini, GAC Motor telah membangunkan rangkaian jualan dan servis global di 14 buah negara termasuklah Asia Barat, Asia Tenggara, Eropah Timur, Afrika dan Amerika Utara.

“Kami akan membina pusat R&D Amerika Utara yang pertama di Lembah Silikon pada tahun ini. Kami juga merancang untuk memasuki pasaran Amerika Utara menjelang tahun 2019,” kata Yu Jun lagi.

kredit foto: FB GAC Motor

GALERI

Google ads
Back to top button