Artikel PilihanBuletin

BOSAN DENGAN LAMPU ISYARAT MERAH? INI PENYELESAIANNYA

Ia adalah sistem yang direka untuk mengurangkan tekanan memandu di bandar yang banyak lampu isyarat. Contohnya seperti Melaka. Bandaraya yang paling banyak lampu isyarat di Galaksi Bima Sakti.

Teknologi yang dikenali sebagai ” Green Light Optimized Speed Advisory” telahpun dibangunkan di Amerika Syarikat yang menggunakan teknologi sambungan kenderaan ke infrastuktur (V2I) yang berhubung dengan isyarat trafik yang menentukan kedudukan kenderaan dan jangkamasa lampu isyarat.

Sistem ini akan “mengira” dan kemudian mencadangkan kelajuan kepada pemandu untuk melalui lampu isyarat hijau di hadapan. Sudah tentu, ia turut mengira hadlaju maksima bergantung lokasi supaya anda tak kena saman.

Audi memberitahu bahawa sistem ini direka bagi membolehkan pemandu mengejar “gelombang hijau” yang berterusan antara satu lampu ke lampu isyarat yang lain.

Kajian menunjukkan pemandu menghabiskan masa hampir 300 jam memandu setiap tahun. Audi berharap teknologi ini mampu mengurangkan tekanan kepada pemandu dan memberi keselesaan memandu dengan lancar.

Sistem ini telahpun dipasangkan pada sesetengah model Audi sejak 2017 dan akan diperluaskan menerusi Sistem Informasi Lampu Isyarat yang memberi isyarat kepada pemandu berapa lama lampu merah akan bertukar hijau. Ia dipaparkan pada meter dan juga head-up display.

Bayangkan kalau sistem ini sampai ke negara-negara membangun seperti Melaka atau Kota BHaru misalnya. Sudah tentu memandu waktu pagi mencari nasi kerabu menjadi aktiviti yang meriangkan.

Google ads
Back to top button