Buletin

LAMPU ISYARAT ‘FRED’ MULA DIUJI DI KANADA, MAHU AJAR PEMANDU GEMAR BAWA LAJU

Sistem lampu isyarat FRED, atau nama panjangnya “feu de ralentissement éducatif” (lampu isyarat edukatif) kini mula diuji di salah sebuah bandar di Kanada.

Sistem ini bertujuan untuk mengajar golongan pemandu yang gemar membawa melebihi had kelajuan di dalam bandar.

Caranya, lampu isyarat akan sentiasa kekal pada warna merah, namun akan bertukar hijau sekiranya ia menentukan kenderaan yang tiba berada di bawah had laju yang sepatutnya.

Lampu tersebut akan terus kekal berwarna merah sekiranya kenderaan yang tiba didapati melebihi had kelajuan yang ditetapkan, memaksa pemandu untuk memperlahankan kereta dan berhenti.

Bandar Brossard kini menguji sistem lampu isyarat baharu itu selama 90 hari di sebatang jalan dua lorong di kawasan perumahan pinggir bandar.

Sebelum sistem terbaharu itu dipasang, purata kelajuan kenderaan adalah sekitar 40 km/j, namun ia menurun kepada 29 km/j sejak ia mula dilaksanakan.

Menurut Datuk Bandar Brossard, Doreen Assaad berkata, “keindahan FRED ialah kita memberikan ganjaran kepada tingkah laku yang baik, dan ia adalah serta-merta. Sistem itu tidak menyimpan apa jua informasi peribadi, ia hanya mengesan kenderaan yang datang dan mengukur kelajuannya. – Motor1

Google ads
Back to top button