Buletin

MAHU GEMBIRAKAN AWEK ATAU ISTERI? BELI LAH TOYOTA 86

Untuk menarik perhatian penonton, iklan perlu tampil kreatif dan berbeza berbanding yang lain.

Itulah yang cuba dilakukan oleh pihak Toyota Amerika dalam mempromosikan jentera sportsnya, Toyota 86. Menurut Toyota, golongan lelaki perlu mengikuti tiga langkah ini untuk menggembirakan awek atau isteri mereka.

Langkah pertama, bawa mereka ke spa untuk mencantikkan dan merehatkan diri. Kedua, pandu Toyota 86 ke laluan bengkang-bengkok yang mampu menyerlahkan keseronokan serta keupayaan jentera tersebut. Cara ketiga, pandu kereta itu dengan laju.

BACA: PENGAKUAN DRIFT KING – KENAPA SAYA MASIH MEMANDU TOYOTA 86

Tidak dapat nafikan bahawa iklan itu memang kreatif dan kena dengan pelanggan sasar Toyota 86 iaitu lelaki muda atau yang berjiwa muda. Untuk Toyota 86 2017, Toyota menggunakan tagline “The 2017 Toyota 86. It’s not for everyone, is it for you?”

Jentera tersebut merupakan antara kereta sports murah (kecuali di pasaran Malaysia) yang boleh dibeli oleh pengguna sekarang. Ia dilengkapi enjin Boxer bersesaran 2.0 liter daripada Subaru. Enjin berkuasa 205hp dan tork 212Nm itu kemudian dipadankan bersama kotak gear manual atau automatik enam kelajuan.

BACA: GENERASI KEDUA TOYOTA 86 AKAN DIPERKENALKAN PADA 2019

Di pasaran Amerika, 86 ditawarkan pada harga AS$26,255 (RM116,00) untuk versi manual dan AS$26,975 (RM119,400) bagi varian automatik.

Tags
Google ads
Back to top button