Motosikal

BENELLI BAKAL LANCAR MOPED 150CC – MFORCE BIKE HOLDINGS

Benelli, pengeluar motosikal berkuasa tinggi dari Itali hari ini mengumumkan bahawa ia telah melantik Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce Bike Holdings) sebagai pengedar rasminya berkuat-kuasa 1 Februari 2017.

Melalui pelantikan tersebut, Mforce Bike Holdings akan bertanggungjawab dalam memasang, mengedar, serta menyediakan perkhidmatan selepas jualan dan alat ganti untuk produk Benelli di pasaran Malaysia.

Pengurus Jualan Nasional Mforce Bike Holdings, Asri Ahmad memberi jaminan bahawa semua pemilik motosikal Benelli sedia ada akan terus menikmati faedah dan perkhidmatan tambahan yang dibekalkan oleh syarikat.

BACA: BENELLI 502 MASUK MALAYSIA 2017 – HARGA BAWAH RM30K

Malah semua pusat servis Mforce di Malaysia akan memberi sokongan perkhidmatan selepas jualan mulai Mac kepada semua motosikal Benelli yang dijual sebelum ini.

Mforce Bike Holdings merancang untuk meningkatkan variasi model-model Benelli di Malaysia. Sebagai permulaan, produk-produk seperti Leoncino 500, 302R, TRK 502 dan lain-lain sedang diberi perhatian serius oleh syarikat.

BACA: BENELLI TNT135 – FUN BIKE EEV, RM7,990 

Selain motosikal berkuasa tinggi, Mforce Bike Holdings akan memperkenalkan buat pertama kalinya moped Benelli pada April depan. Motosikal dengan enjin 150cc baharu itu dikatakan mematuhi piawaian Eropah.

Benelli Leoncino 500

Ia juga dilengkapi ciri-ciri seperti pancitan bahan-api, gear enam kelajuan dan sistem penyejukan cecair. Enjin tersebut telah diuji secara menyeluruh sejauh 20,000km dan pastinya dapat memenuhi kehendak pelanggan di Malaysia yang mahukan sebuah ‘super-moped’.

Mforce Bike Holdings telah menyediakan peruntukan yang besar untuk promosi produk. Aspek promosi, pameran dan pemasaran telah dirancang rapi. Ia bakal dilaksanakan demi memastikan jenama Benelli lebih dikenali oleh pengguna tempatan.

Google ads
Back to top button