Artikel Pilihan

MAKSUD NAMA-NAMA MODEL TERKENAL TOYOTA

Toyota merupakan salah satu ikon syarikat automotif yang berjaya yang bermula semenjak 1920an lagi. Bermula dengan menghasilkan model AA sehinggalah pelbagai model yang merangkumi sedan, kompak, MPV, SUV, kenderaan pacuan 4×4, kereta sport dan juga kenderaan dikeluarkan pada hari ini.

Sewaktu mula-mula dilancarkan dulu, model Toyota dinamakan mengikut huruf seperti AA, AB dan sebagainya. Namun pada hari ini nama model berkenaan menjadi semakin sedap disebut dan didengar. Jom cek maksud nama-nama popular Toyota

1. Vios – tak sah kalau Vios tiada dalam senarai kerana ia antara sedan kompak yang popular di negara Asia Tenggara. Versi pertama dihasilkan pada tahun 2002 bagi menggantikan model Tercel bagi segmen B. Vios merupakan derivatif perkataan Latin “Vio” yang membawa maksud pergi berjalan atau mengembara.

2. Supra – merupakan kereta sport yang diasaskan dari model Celica namun dengan ukuran yang lebih lebar dan panjang bagi memuatkan enjin 6 silinder yang menjadi lagenda. Perkataan Supra berasal dari perkataan Latin yang membawa maksud “di atas” atau “melepasi” / go beyond. Model ini dilancarkan bagi bersaing dengan model Z daripada Nissan

3. Avanza – merupakan mobil sejuta umat bagi penduduk di Indonesia kerana ia mampu memuatkan 7 penumpang, dibina dengan cesi hibrid monocoque+ladder frame, lasak, dan tak banyak ragam. Sehingga bulan November 2018 sebanyak 2.7 juta unit telah terjual di seluruh dunia. Perkataan Avanza berasal dari perkataan Sepanyol (get moving) dan Itali iaitu Avanzato (advance)

4. Yaris – sebenarnya ada 3 cesi Yaris yang digunakan di seluruh dunia iaitu Yaris untuk pasaran Asia Tenggara (berkongsi platform dengan Vios XP150), Yaris versi Eropah dengan cesi XP210 dan juga GR Yaris yang direka khas untuk perlumbaan rali. Yaris diperkenalkan bagi menggantikan model Starlet.

Perkataan Yaris berasal dari perkataan Greek dan juga Jerman. Dalam mitos Greek, Charis merupakan simbol kepada kecantikan dan elegen. Perkataan Cha digantikan dengan Ya bagi menjadi perkataan Yaris

5. Alphard – merupakan MPV atau mat saleh sebut minivan yang menjadi dambaan rakyat Malaysia disebabkan rupanya yang berkotak-kotak. Semenjak dihasilkan dari tahun 2002, Alphard berkembang menjadi 3 generasi yang ditawarkan dalam varian enjin petrol, hibrid dan juga dalam versi Lexus. Alphard dinamakan bersempena nama bintang paling terang dalam gugusan buruj Hydra

6. RAV4-merupakan cubaan pertama Toyota bagi menghasilkan sebuah crossover yang mahukan sebuah kenderaan yang tinggi seperti sebuah SUV, tapi selesa seperti kereta dengan cesi monocoque, penggunaan petrol yang rendah dengan pilihan pacuan semua roda AWD. Toyota menamakan kenderaan ini Recretional Active Vehicle, 4 Wheel Drive (RAV4)

7. Hilux – lepas perang, ekonomi Jepun membangun dengan pantas dan memaksa aktiviti logistik bergerak seiring dengan perkembangan perniagaan. Disebabkan kos untuk memiliki lori adalah mahal dan memerlukan lesen khas, Toyota menghasilkan Toyota Stout dengan cabin 2 tempat duduk dan bahagian belakang terbuka untuk membawa barang.

Model Stout ini digantikan dengan Hilux (high and luxury) disebabkan rekaan kabinnya yang mirip kepada kereta sedan dan dilengkapi dengan beberapa ciri sedan berbanding dengan Stout yang direka seperti lori

8. Corolla – sehingga hari ini, 44.1 juta unit Corolla telah dihasilkan di seluruh dunia dan jika disusun ia boleh merentasi garisan khatulistiwa sebanyak 5 kali. Corolla dalam bahasa Latin membawa maksud Little Crown. Bagi versi Asia Tenggara satu ketika dulu ia dijenamakan Corolla Altis, dengan Altis membawa maksud “lebih tinggi”

Google ads
Back to top button