Buletin

TOYOTA FORTUNER 2021 KINI BOLEH DITEMPAH. 2 VARIAN, 204PS & TORK 500NM, BERMULA RM172K

UMW Toyota Motor baru-baru ini mengumumkan bahawa model facelift Toyota Fortuner 2021 sudah dibuka untuk tempahan.

Dipasang di Malaysia, SUV 4×4 saiz penuh itu ditawarkan dalam dua varian pada harga seperti berikut:

  • Toyota Fortuner 2.8 VRZ 4×4 A/T – RM203,183
  • Toyota Fortuner 2.7 SRZ 4×4 A/T – RM172,244

Fortuner 2.8 VRZ 4×4 A/T merupakan varian baru yang menggantikan Fortuner 2.4 VRZ yang pernah ditawarkan sebelum ini.

Warna badan baharu iaitu Bronze Mica Metallic dengan bumbung hitam akan ditawarkan secara eksklusif untuk varian flagship. Bumbung hitam jugaada didatangkan dengan warna badan putih untuk varian sama.

Empat lagi warna luaran ialah perak metalik, hitam dan coklat metalik.

Pelanggan yang membeli varian Fortuner 2.7 SRZ 4×4 A/T boleh memilih warna baru Bronze Mica Metallic dan lima warna lain seperti putih, perak metalik, hitam dan coklat metalik.

Luaran

Fortuner 2.8 VRZ hadir dengan lampu utama Quad LED dan rekaan perumah baharu dan gril mesh di tengah.

Lampu kabus, lampu isyarat membelok, lampu posisi, rekaan bampar depan dan belakang tampil dengan rekaan baru yang lebih segar. Skid plate di bahagian nyata memberikan imej lebih ranggi kepada Fortuner 2021.

Varian 2.8 VRZ dibezakan menerusi bumbungnya, tiang A, cermin sisi dan spoiler berwarna hitam.

Bagi Fortuner 2.7 SRZ pula, lampu utama bi-LED menerima rekaan baru yang lebih tajam bersama dengan rekaan gril dan bampar depan terkini.

Lampu isyarat membelok, lampu posisi dan lampu belakang turut menerima perubahan kosmetik.

Varian Fortuner 2.8 VRZ dan 2.7 SRZ menggunakan rim aloi 18-inci dengan rekaan lebih menarik.

Ruang Kabin

Bahagian dalaman Fortuner yang mempunyai tiga barisan tempat duduk didatangkan dengan kemasan dan warna baru. Panel instrumen menampilkan animasi Multi Info Display (MID) baharu.

Rekaan panel instrumen pada Fortuner 2.7 SRZ telah diperbaharui. MID kini memaparkan maklumat tambahan untuk pemandu.

Bagi meningkatkan aspek keselesaan, Fortuner 2.8 VRZ dan 2.7 SRZ dipasang dengan lampu kabin LED, cermin pandang belakang elektrokromik dan tempat duduk larasan elektrik untuk penumpang hadapan.

Toyota Safety Sense

Varian 2.8 VRZ dilengkapi pakej keselamatan Toyota Safety Sense (TSS). Walaupun TSS sudah ditawarkan pada kebanyakan model Toyota, ia tetap mempunyai elemen lain untuk Fortuner.

Antaranya ciri Pre-Collision System (PCS), Lane Departure Alert (LDA) dan Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) serta Yaw Assist Function.

Prestasi  

Sistem janaan kuasa Toyota yang telah terbukti dikekalkan melalui penggunaan enjin

Fortuner dikuaskan oleh enjin diesel 1GD- FTV 4- silinder common rail dengan ciri Variable Nozzle Turbcharger (VNT) dan Intercooler bersesaran 2.8 liter. Enjin tersebut mampu menghasilkan kuasa 204PS pada 3,400 rpm dan 500Nm tork dari 1,600rpm hingga 2,800rpm.

Fortuner 2.8 VRZ juga datang dengan stereng kuasa Variable Flow Control (VFC), yang membantu meningkatkan penjimatan minyak dengan cara mengurangkan penggunaan tork oleh pam stereng.

Fortuner 2.8 VRZ turut ada mod SPORT yang akan menambah baik maklum balas stereng.

Pacuan 4×4 separuh masa menyediakan keupayaan maksimum dalam semua keadaan, dari permukaan lebuh raya yang lancar hinggalah laluan berlumpur di hutan.

Dengan pacuan 4×4 digunakan, semua roda akan menerima kuasa berterusan untuk memberikan kestabilan dan cengkaman yang lebih baik dalam semua keadaan.

Sistem pacuan Fortuner 2.8 VRZ dan 2.7 SRZ dilengkapi Auto Limited Slip Differential (LSD). Alat ini sangat berguna dalam kebanyakan keadaan sukar dan menggunakan sistem kawalan cengkaman untuk mengawal brek ketika satu daripada tayar belakang mula tergelincir.

Fortuner didatangkan dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan.  

GALERI

Google ads
Back to top button