Artikel Pilihan

MAKSUD SEBENAR DI SEBALIK LOGO JENAMA KERETA

Logo sesebuah kenderaan biasanya mempunyai bentuk yang tersendiri. Ia mesti sesuatu yang ikonik, sinonim dengan jenama sesebuah syarikat dan menanam keyakinan pembeli terhadap sesuatu produk.

Logo sebuah syarikat pengeluar kereta juga mesti mempunyai semua ciri-ciri disebutkan selain memberi gambaran kuasa, ketahanan dan prestij. Sesetengah logo pula dihasilkan sebagai memperingati sejarah sesebuah syarikat.

BACA: LOGO PELIK MAZDA YANG PERNAH DIGUNAKAN

BACA: ASAL USUL DAN MAKSUD NAMA HONDA NSX

Di sini kami senaraikan beberapa  buah logo syarikat yang menarik dengan penerangan tentang asal-usul mereka. Ada yang diasaskan daripada simbol kimia zaman silam dan ada yang menggambarkan gugusan bintang di langit Jepun. Semuanya kini cukup dikenali kerana kehebatan masing-masing.

MAZDA

Sayap yang mampu membawa syarikat ke tahap yang lebih tinggi

Mazda merupakan sebuah syarikat yang gemarkan sesuatu yang simbolik. Nama syarikat itu sendiri diambil daripada nama Ahura Mazda, tuhan kebijaksanaan dan keharmonian bagi masyarakat dari tamadun silam Asia. Ia juga dikatakan bersempena dengan nama pengasas syarikat, Jujiro Matsuda.

Logo yang digunakan sekarang diperkenalkan dalam tahun 1998. Dalam bahasa Mazda sendiri, ia bermaksud mengambil semangat Mazda dan diperkuatkan lagi dengan huruf ‘M’ yang kelihatan seperti sepasang sayap yang akan membawa syarikat ke masa hadapan.

Bentuk ‘V’ di bahagian tengah pula bermaksud ciri kreatif, fleksibiliti dan kesabaran. Gelungan di bahagian luarnya pula bermaksud ciri dinamik yang akan memastikan syarikat sentiasa bersedia untuk masuk ke abad 21.

SUBARU

Gugusan Bintang Taurus

Enam bintang yang terdapat pada logo Subaru merujuk kepada Pleiades, sekumpulan bintang buruj Taurus. Subaru bermaksud Taurus dalam bahasa Jepun. Keenam-enam bintang tersebut cukup mudah dikenali bila anda mendongak ke langit di Jepun. Ia juga telah menjadi panduan kepada pengembara dan pelayar sejak sekian lama.

MITSUBISHI

Logo Mitsubishi merupakan gabungan lambang keluarga Yataro Iwasaki yang merupakan pengasas syarikat perkapalan Tsukumo Shokai dan lambang keluarga Yamanouchi dari suku Tosa.

Masing-masing menggunakan lambang tiga helai daun berangan dan tiga helai daun oak, ia kemudiannya disusun kembali dan digabung menjadi seperti kipas dengan tiga bilah. Tahukah anda logo ini telah digunakan sejak dari tahun 1870? Ia antara pembuat kereta paling lama kekal dengan logo yang asal!

BMW

 

BMW sebelum ini ialah syarikat pengeluar pesawat terbang yang kemudiannya di cat dengan warna biru dan putih. Maksud sebenar logo mereka ialah agar kelihatan seperti kipas kapal terbang yang berpusing berlatarkan langit biru yang terbentang.

FORD

Jan Valentic, Timbalan Presiden Pemasaran Global Ford menyatakan yang lambang berbentuk oval Ford melambangkan kuasa dan ikon syarikat yang memperkenalkan kereta kepada dunia. Pada masa akan datang, mereka alan kekal mendahului pesaing dengan produk yang hebat, kekuatan pasaran dan dunia yang lebih baik.

VOLVO

Logo Volvo dengan bulatan dan anak panah yang terjulur keluar merupakan simbol kimia dari zaman silam. Ia merupakan antara lambang tertua dalam tamadun Barat. Kini mereka bergerak sebaliknya dengan menghasilkan kenderaan yang paling selamat dan antara termaju di dunia.

PORSCHE

Sebuah syarikat yang patriotik, logo Porsche manggunakan warna-warna dari bendera Jerman, nama bandar asal syarikat (Stuttgart) dan gambar seekor kuda melambangkan kuasa dan kelajuan.

Menariknya, kebanyakan kuda di Jerman juga dibiakkan di Stuttgart. Malah nama Stuttgard juga bila diterjemahkan bermaksud “stud farm” (ladang pembiakan kuda).

MERCEDES-BENZ

Logo Mercedes-Benz dengan bintang berbucu tiga dalam satu bulatan melambangkan aspirasi mereka untuk memudahkan dunia pengangkutan di darat, air dan udara.

ROLLS ROYCE

Dua huruf ‘R’ dalam logo Rolls Royce jelas merupakan gabungan dua nama watak penting syarikat. Jenama ini cukup terkenal sehinggakan nama syarikat itu sendiri menjadi dipilh menjadi logo dan bukannya menggunakan logo untuk mempopularkan syarikat.

TOYOTA

Dua gelungan bertindih membentuk logo Toyota melambangkan kepercayaan antara Toyota dan pelanggan mereka. Malah bila disusun sebegitu ia juga kelihatan seperti huruf ‘T’ untuk Toyota.

Pada mulanya mereka berhasrat menggunakan latar berwarna putih untuk memberikan ekspresi potensi yang tidak terbatas di masa hadapan.

ASTON MARTIN

Aston Martin sebelum ini dikenali dengan nama Martin and Bamford Limited. Bila syarikat berhasrat untuk menghasilkan kereta-kereta sports, mereka menghasilkan logo yang berbentuk sayap untuk menunjukkan kelajuan kereta keluaran mereka.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button