
MAZDA MX-5 – SEBUAH MODEL CONVERTIBLE YANG PALING LAKU DI DUNIA
Mazda MX-5 sebuah model kereta sport dua tempat duduk sejati telah lama berjaya menakluk mana – mana hati sang lelaki untuk memilikinya. Malah, Mazda MX-5 ini juga telah lama memegang rekod sebagai kereta sport dua tempat duduk paling laris di dunia.
Merentasi empat generasi semenjak mula diperkenalkan pada tahun 1989, Mazda MX-5 ini ternyata merupakan pilihan kereta sport dengan harga yang jauh lebih murah sekali gus membolehkannya mencatatkan jualan yang menakjubkan di seluruh dunia dengan kira – kira 1.2 juta. Direkodkan juga sejumlah 1,256,158 unit Mazda MX-5 ini telah dikeluarkan di kilang Mazda Ujina yang terletaj di Hiroshima sehingga kini.

Dalam pasaran global di mana bilangan model convertible dan model kereta sport semakin berkurangan, MX-5 kini lebih menonjol sebagai lambang keseronokan pemanduan yang ringan, berfokuskan pemandu, dan terbuka. Malah, data daripada Jato telah menyerlahkan bahawa pada tahun 2024 Mazda MX-5 adalah merupakan model convertible yang paling laris di dunia. Jualan global sebanyak 27,669 bermakna ia habis menjual semua saingan kabriolet di seluruh dunia suatu trend yang berterusan pada tahun 2025.
Untuk pasaran UK, data SMMT menyerlahkan bahawa Mazda MX-5 ialah roadster dua tempat duduk terlaris di Britain dan menduduki tempat kedua dalam keseluruhan jualan model convertible. Jumlah jualan Mazda MX-5 di UK kini mencapai lebih 135,000 unit sekali gus membuktikan bahawa ianya adalah model kereta sport pilihan di sana. Dan tahun 2025 ini, Mazda MX-5 adalah kereta sport terlaris selepas model mewah Porsche Cayman dan Porsche 911

Paling penting, kotak gear manual enam kelajuan yang terdapat pada Mazda MX-5 ini menjadi pilihan mereka untuk inginkan sebuah model kereta sport convertible sejati untuk kesedapan pemanduan.
Dengan pilihan trenkuasa enjin Skyactiv 1.5 liter dengan kuasa 132 PS atau pun enjin Skyactiv 2.0 liter dengan kuasa 184 PS dilihat sudah cukup memadai untuk penggemar kereta sport yang seronok untuk dipandu apatah lagi dengan tanda harga dibawah £30,000 (RM170679) dijual di UK, ianya cukup berbaloi untuk dimiliki.
BACA : MAZDA MX-5 MIATA HARI INI BERUSIA 35 TAHUN – MUDA LAGI NI
BACA :MAZDA MX-5 35TH ANNIVERSARY EDITION – 184PS/205NM, CBU JEPUN, 4 UNIT SAHAJA, RM315K!



