Motosikal

RASMI: BOBBER MAMPU MILIK HANWAY BOB 125S TIBA DI MALAYSIA – RM14,800

Peminat motosikal gaya bobber kini disajikan dengan model baharu dari jenama Hanway menerusi Hanway Bob 125S baharu.

Menurut Hanway, motosikal bobber bersesaran 125cc itu kini boleh dimiliki oleh peminat tempatan dengan harga hanya RM14,800.

Seperti namanya, Bob 125S ini dipacu enjin satu silinder 124cc DOHC yang berupaya menjana 14.8hp pada 10,000rpm dan 11Nm pada 8,000rpm. Kuasa pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi 6-kelajuan.

Antara kelengkapan ditawarkan termasuk:

  • fork teleskopik
  • penyerap hentak belakang berkembar
  • cakera brek 300mm depan
  • cakera brek 255mm belakang
  • tayar 130/90-16 depan
  • tayar 150/80-16 belakang

Meskipun bergaya retro namun motosikal ini masih lagi dilengkapi dengan ciri moden termasuk ABS secara standard selain lampu LED penuh.

Namun begitu, daya tarikan utama Hanway Bob 125S ini terarah kepada rupa bentuk bobber yang ditawarkan terutamanya penggunaan tempat duduk tunggal.

Bagi pasaran Malaysia, Bob 125S ini hadir dengan satu warna Gloss Black sahaja.

GALERI: HANWAY BOB 125S

Google ads
Back to top button