Artikel Pilihan

KOLEKSI MCLAREN TERBESAR DI DUNIA KINI MILIK SEORANG PEMBELI RAHSIA – KAYA SANGAT NI

Billionair terkenal Mansour Ojjeh meninggal dunia pada Jun 2021 dan meninggalkan banyak harta di dalam dan luar negara. Antara yang paling menarik ialah koleksi 20 buah McLaren yang sangat rare dan 18 daripadanya tidak pernah dipandu. Alah macam RX-Z yang harga sejuta tu la kot.

Siapa Mansour Ojjeh ni sampai kaya bebenor. Mansour Ojjeh merupakan tokoh perniagaan terkenal dari Perancis dan merupakan hasil kahwin campur ayahnya seorang hartawan Saudi dan ibunya yang berasal dari Perancis. Alah ini la salah seorang tokey jenama jam Tag-Heuer yang terkenal tu. Beliau juga memiliki pegangan saham dalam McLaren dan Formula 1 sendiri. Banyak lagilah sebenarnya cabang perniagaan beliau.

Sebab itulah Ojjeh memiliki koleksi supercar McLaren yang sangat banyak termasuklah McLaren F1 yang lejen tu. Istimewanya koleksi Ojjeh ni, setiap model yang ada dalam koleksi ini merupakan unit yang terakhir dikeluarkan. Ya, bukan unit pertama dan bukan juga unit dipilih beliau tetapi kesemuanya unit terakhir sebelum produksi ditamatkan.

Kecuali dua unit, kesemua McLaren dalam koleksi diwarnakan dengan warna unik yang dinamakan Yquem. Ia lebih popular dengan nama “Mansour Orange”. Fuh ada warna dia sendiri la. Dahsyat mainan orang kaya ni.

Daripada kesemua 20 unit dalam koleksi hanya dua unit sahaja yang pernah dipandu. Mclaren F1 yang pernah dipandu oleh Lewis Hamilton dengan membawa anak-anak Ojjeh dan sebuah lagi McLaren P1 GTR. Yang lain memang tak pernah dipandu. Apalah nasib supercar tu. Beli untuk simpan je.

Jualan koleksi ini diamanahkan kepada broker automotif terkenal, Tom Hartley Junior. Beliau mengesahkan kesemua koleksi McLaren Ojjeh itu telah terjual kepada seorang pembeli sahaja. Identiti pembeli tersebut bagaimanapun kekal rahsia.

Sebenarnya mereka menerima tawaran yang sangat lumayan untuk setiap unit dalam koleksi namun keluarga Ojjeh dan pasukan Hartley sendiri lebih berminat untuk menjual koleksi tersebut kepada seorang individu sahaja.

Ini baru koleksi lejen. Ia bukan hanya koleksi peribadi tapi lebih kepada legasi visi seorang lelaki yang mempunyai minat mendalam dalam dunia permotoran.  Macam abang juga tapi masalahnya abang tak kaya. Beli Alza pun ambil pinjaman 20 tahun.

Google ads
Back to top button