
MERCEDES-AMG S63 E PERFORMANCE TIBA DI PASARAN MALAYSIA – JANA 802HP, HARGA BERMULA RM2.23 JUTA
Tampil lebih berkarakter, berprestasi serta bakal ditawarkan dalam versi pemasangan tempatan, Mercedes-AMG S63 E Performance kini secara rasmi dilancarkan di Malaysia.
Penuh elegan, ia dipadankan bersama LED Digital Light untuk lampu hadapan, kit aerodinamik eksklusif, seperti liang udara gentian karbon, skirt sisi gentian karbon dan spoiler belakang gentian karbon, rim AMG bersaiz 19-inci pelbagai jejari, sistem brek yang lebih besar serta suspensi AMG Ride Control.
Di bahagian dalam, ia dilengkapi skrin tengah OLED 12.8-inci, skrin infotainmen MBUX 12.3-inci selain, dibekalkan dengan ciri eksklusif seperti stereng AMG dengan tombol kawalan Drive Select serta trim Carbon Fiber.

Sistem AMG Dynamic Select menawarkan lima mod pemanduan iaitu Slippery, Comfort, Sport, Sport+ dan Individual serta terdapat tiga mod untuk sistem program kestabilan elektronik (ESP) iaitu Basic, Advanced, Pro.
Perincian lain termasuklah menerima tempat duduk sport dengan balutan Alcantar, kemasan gentian karbon pada papan pemuka, set pedal aloi AMG, head-up display (HUD), sistem audio Burmerster serta bumbung panaromik.
Secara mekanikal, Mercedes-AMG S63 E Performance dijana oleh enjin 4.0L V8 twin-turbocharged dan S-Class ini mendapat sistem pacuan semua roda 4MATIC+ serta transmisi AMG Speedshift MCT 9G.

Nadi berkenaan berupaya menghamburkan kuasa 612hp dan tork 900Nm, ditambah dengan sistem hibrid plug-in PHEV, menghasilkan kuasa tambahan 190hp dan 320Nm, sekaligus memberikan kuasa gabungan 802hp dan tork 1,430Nm.
Dengan berat 2,595 kg, ia mampu melakukan pecutan 0-100 km/j 3.3 saat dan kelajuan tertinggi 290 km/j (terhad secara elektronik kepada 250 km/j).
Selain itu, ia turut ditawarkan dengan pilihan AMG Real Performance Sound untuk memberikan bunyi enjin lebih baik ke dalam kabin.
Melalui bateri 13.1kWj, S63 E Performance hanya bergerak sejauh 33km dan boleh dicas pada kadar pengecasan AC maksimum 3.7kW.
Beralih pada harga, Mercedes-AMG S63 E Performance diberikan tanda harga sekitar RM2,238,888.
GALERI:












- BACA: MERCEDES-MAYBACH GLS 600 4MATIC DILANCARKAN – HARGA BERMULA RM1.9 JUTA
- BACA: MERCEDES-BENZ GLS 450 4MATIC FACELIFT 2024 KINI DI PASARAN TEMPATAN – JANA 381PS, HARGA BERMULA RM999K
- BACA: TOYOTA C-HR DIBANJIRI CAT PUTIH, KOS BAIK PULIH LEBIH MAHAL DARIPADA HARGA KERETA
- BACA: NISSAN SAHKAN, MODEL R36 GT-R & NISSAN Z GENERASI BARU AKAN DIHASILKAN

