
NISSAN SAHKAN, MODEL R36 GT-R & NISSAN Z GENERASI BARU AKAN DIHASILKAN
Senior Vice President & Chief Planning Officer Nissan Amerika Utara, Mr. Ponz Pandikuthira mengesahkan yang model GT-R dan Z akan terus dihasilkan biarpun ia mengambil sedikit masa untuk dibuat. Pengumuman ini dibuat sempena New York Autoshow yang berlangsung sekarang.
Apatah lagi Nissan GT-R R35 sudah menjangkau umur 16 tahun dan model ini ditamatkan dengan satu edisi khas. Menghasilkan Nissan GT-R baru bukanlah perkara mudah walaupun ia akan dihasilkan dalam varian elektrik sepenuhnya dengan prestasi yang menyamai atau berupaya melepasi ujian perlumbaan.
Ia tidak boleh hanya boleh dipandu di Nurburgring sebanyak satu pusingan, dicaj semula dan disejukkan, Nissan GT-R mesti boleh pergi lebih jauh dan lebih laju menurut Pandikuthira. Jadi pasukan pembangunan dan kejuruteraan Nissan memutuskan untuk teknologi bateri dan motor elektrik menjadi semakin baik
Salah satu cara yang paling baik ialah dengan menguji keupyaan motor, bateri dan semua sistem sokongan di dalam perlumbaan Formula E. Seperti EV yang lain, bateri adalah sangat berat dan berat adalah musuh kepada kereta sport
Selain daripada perkara di atas, satu aspek yang lain turut disahkan oleh CEO Nissan, Makoto Uchida ialah Nissan GT-R akan menggunakan platform baru sepenuhnya. Malah kehadiran model konsep Hyper Force di Tokyo Autoshow 2023 mengesahkan kenyataan CEO Nissan biarpun tiada logo GT-R disemat pada model konsep tersebut
 Sama seperti model sebelumnya, generasi terbaru Nissan GT-R mampu memuatkan 4 penumpang dalam satu masa, boleh dipandu dengan selesa di atas jalan raya dan boleh dibawa untuk berlumba di atas liar perlumbaan. Terma Godzilla akan diterjemahkan dalam rekaan yang garang, ganas dan menakutkan.
Model terbaru R36 GT-R ini sedang dihasilkan dalam beberapa model konsep di studio rekaan Nissan, mengekalkan rekaan lampu belakang dengan 4 bentuk bulat yang lebih moden. Model Nissan Z yang dilancarkan pada tahun 2021 pula akan sentiasa dikemaskini dengan trenkuasa yang lebih mesra alam, sebelum digantikan dengan platform yang lebih baru
Malah kelahiran semula model Nissan 400 Z adalah salah satu keajaiban dalam automotif, kerana Nissan merancang untuk menghentikan model Z selepas model 370 Z. Model 400 Z dihasilkan secara sukarela oleh sekumpulan jurutera Nissan yang obses dengan model Z.